1.RASULULLAH melarang kita dari mendedahkan sebarang mudarat kepada orang lain tidak kira Muslim atau kafir. Sabda Rasulullah:
لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ
“Tidak boleh melakukan sesuatu yang memudaratkan diri sendiri ataupun orang lain.” (HR Ibn Majah)
2. Malah dalam hadis yang lain, Rasulullah memberikan amaran, bahawa mereka yang mendedahkan mudarat, dibimbangi akan menimpa ke atas dirinya mudarat dari Allah. Sabda Rasulullah:
مَنْ ضَارَّ ، ضَارَّ اللَّهُ بِهِ، وَمَنْ شَاقَّ ، شَقَّ اللَّهُ عَلَيْهِ
“Barangsiapa yang memudaratkan orang lain, maka Allah akan mendedahkan mudarat padanya. Barangsiapa yang menyusahkan orang lain, Allah boleh menyusahkan urusannya. (HR al-Tirmizi)
3. Ketika menghuraikan hadith ini, al-Imam al-San’ani menjelaskan bahawa barangsiapa yang mendedahkan mudarat kepada orang lain, tidak kira samada Muslim atau kafir, ataupun haiwan, maka Allah boleh memberikan kemudaratan yang lebih berat dari itu.
4. Dalam situasi hari ini, janganlah kita menyusahkan petugas kesihatan. Berilah kerjasama dengan duduk diam-diam di rumah. Patuhi arahan kuarantin sekiranya kita diperintahkan. Ini bagi mengelakkan kita dari memberikan mudarat kepada orang lain atau menyusahkan tugas pengamal kesihatan.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)