KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan jabatan agama negeri serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengekang aktiviti fahaman Syiah di dalam negara.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, aktiviti itu adalah tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Kita bekerjasama erat dengan penguatkuasa negeri dan JAKIM untuk mengekang aktiviti kembangkan fahaman Syiah.
“Polis mempunyai maklumat berhubungan perkara ini dan kita yakin dapat tangani sebaiknya,” katanya dalam sidang akhbar di Mess Pegawai Kanan, Bukit Aman di sini, selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara dan Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Malaysia.
Dalam majlis tersebut menyaksikan Datuk Mazlan Mansor dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu, manakala isterinya, Datin Farihah Mohd Zamri dilantik sebagai Naib Pengerusi Perkep Malaysia.
Tegasnya, apa sahaja aktiviti bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, polis akan pantau dan mengambil tindakan sewajarnya.
Terdahulu, tular dakwaan di media sosial Facebook yang menggunakan ‘Who Is Hussain’ bergerak dengan mengedar risalah berbaur Syiah di sekitar bazar Ramadan di sekitar Kuala Lumpur. – Sinar Harian
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)