1. Pada Mei yang lalu, kita dikejutkan dengan berita pemergian Fadi Abu Salah, pejuang Palestin yang tidak berkaki. Fadi kehilangan kedua kakinya dalam peperangan pada tahun 2008 akhirnya menemui syahid ketika berjuang dalam #GreatReturnMarch bagi menuntut hak rakyat Palestin dikembalikan.
2. Peristiwa yang sama pernah berlaku di zaman Rasulullah ﷺ. Saidina Amru al-Jamuh adalah seorang yang tempang kakinya. Namun disebabkan semangat memperjuangkan Islam yang tinggi, beliau bertegas untuk ke Medan Uhud sekalipun dibantah oleh anak-anak beliau. Amru kemudiannya syahid di medan Uhud.
3. Semangat jihad yang tinggi turut direkodkan dalam Sirah Abu Talhah dan al-Miqdad ibn al-Aswad. Mereka berjuang dari zaman Rasulullah ﷺ hingga ke zaman Saidina Uthman. Sebahagian tentera Muslim melihat penyertaan al-Miqdad di zaman Saidina Uthman lalu berkata kepada beliau: Bukankah engkau sudah diberikan keuzuran oleh Allah (kerana sudah tua)? Jawapannya sama seperti Abu Talhah, semangat juang serta stamina yang tinggi menjadikan beliau turut berjuang sekalipun sudah lanjut usianya.
4. Al-Imam al-Zuhri pula meriwayatkan tentang Said ibn al-Musayyib yang keluar berjuang dalam keadaan matanya yang telah buta sebelah. Lalu apabila dikatakan kepadanya: Bukankah engkau telah buta? Said menjawab: Sesungguhnya Allah minta kita berjuang dalam keadaan ringan maupun berat.
5. Orang cacat, buta dan tua semuanya masih bersedia mempertahankan agama Allah dalam jihad mereka. Malu pada kita yang sempurna, celik dan muda sekiranya ragu-ragu dalam membantu perjuangan Islam.
Muhasabah diri sendiri.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)