Pelajar 12A SPM johan hafazan 1-20 juzuk

KUANTAN- Muhammad Asyraf Amir mewakili negeri Johor menjadi johan pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi bagi kategori Hafazan 1 Hingga 20 Juzuk dengan keseluruhan markah sebanyak 97.33 peratus. 

Bukan itu sahaja, kemenangan beliau turut diserikan dengan memperoleh keputusan cemerlang 12A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Isnin lalu.

“Tiada apa boleh saya ungkapkan, selain Alhamdulillah. Semuanya atas izin Allah, doa guru-guru serta rakan-rakan terutamanya kedua ibu bapa saya.

“Saya tak pandai sangat cuma sesuaikan ikut keutamaan, umpamanya ketika musim peperiksaan, saya utamakan peperiksaan dahulu, sekiranya ada masa saya selitkan untuk al-Quran. Orang kata jangan kosong, selitkan sikit, Insya-Allah,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Penutupan MTHQK Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di sini malam tadi.

Tambah Muhammad Asyraf, 18, yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik itu, amalan memelihara al-Quran serta mendapat bantuan daripada guru-guru telah membantunya menguasai mata pelajaran, sekali gus menjadi seorang hafiz 12 a 

“Atas izin guru-guru juga saya dapat bertanding. Semoga kemenangan ini naikkan semangat saya dan semua… apa-apapun semoga saya mendapat yang terbaik untuk masa depan, Insya-Allah,” katanya.

Muhammad Asyraf membawa pulang hadiah berupa sejumlah wang tunai, piala, cenderamata dan sijil.

Setiap peserta juga menerima wang tambahan sebanyak RM1,000 sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pahang, manakala Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menaja hadiah tambahan iaitu berupa bar emas seberat lima gram kepada johan bagi setiap kategori.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan hadir pada majlis berkenaan.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts