KUCHING: Dua murid daripada dua sekolah di sini, muncul sebagai pemenang pingat emas Pertandingan Matematik Dunia yang berlangsung di Manila, Filipina pada 22 dan 23 April lalu.
Mereka ialah Najmi Asyraf Abdul Halim, dari Sekolah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hasan yang menang emas untuk Level 2 dan Jad Haris Sabaruddin dari Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Yakub yang menang untuk Level 4.
Pertandingan ini terbuka kepada negara-negara yang menjalankan pembelajaran Kaedah Matematik Sakamoto dari Jepun.
Satu-satunya Pusat Pembelajaran Sakamoto yang ada di negara ini terletak di bandar raya Kuching.
Seramai 25 kanak-kanak dan remaja dari negeri ini telah dipilih mewakili Malaysia ke WMC2017.
Mereka merupakan pelajar-pelajar di pusat pembelajaran tersebut, yang bersekolah di SK(A) Datuk Haji Abdul Kadir Hasan, SK Rakyat Jalan Haji Bolhasan, SMK St Joseph, St Joseph Private School, Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Yakub, SK Endap Kota Samarahan, SMK Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, dan Kolej DPAH Abdillah.
Pemenang lain dari Malaysia yang memenangi perak ialah Airiz Danish (Level 2), Dhania Aniesa Fazzrudin (Level 3), Mia Adriana Muhammad Abu Zaid (Level 3) dan Nasrul Haq Zairon (Level 4).
Manakala pemenang gangsa ialah Aqil Shahiran Mohamad Romi (Level 1), Myra Nisrene Mohd Norazman (Level 1), Muhammad Haris Amzah (Level 1), Faeez Zindanie Mohamad Zakie (Level 1), dan Muhammad Amirul Asyraf Abdullah (Level 1).
Turut menang gangsa, Akmal Fitri Ahmad (Level 1), Nuha Nashrah Abdul Aziz (Level 1), Irsyad Mahdi Radzali(Level 1), Marcus Jimok Delwish (Level 2), Dhania Farisya Ithnen (Level 2), Ammar Azizi Roslan (Level 2), Ahmad Latifi Sabeli (Level 3) Muhd Bazil Fudail Sanchez (Level 3), Nur Umairah Shahheerah Abdul Razak (Level 4), dan Zahirul Haq Zairon (Level 5).
Pemenang gangsa lain Nadine Jannah Nawawi (Level 5, Muhd Adam Muhammad Abu Zaid (Level 5) dan Dayang Farah Farzana Abang Idham (Level 5).
Sumber : MYNATION
www.indahnyaislam.my