Pelan Hamas untuk kalahkan Israel

Kemenangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023 telah tercatat dalam halaman sejarah dan diakui oleh seluruh dunia, dan tidak akan dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Hamas mencapai kemenangan pada hari pertama. Kini, mereka meneruskan perjuangan seperti apa yang mereka rancangkan.

Hamas hanya memasuki pertempuran selepas mengambil kira perintah Allah, “Sediakan diri.” Mereka mempersiapkan pejuang dan senjata mereka serta mengambil langkah-langkah kemenangan, yakin bahawa Allah tidak akan meninggalkan mereka. Mereka telah berdepan dengan Israel selama 50 hari dalam pertempuran pada tahun 2014, dan mereka telah menyediakan diri mereka untuk pertempuran yang lebih panjang pada kali ini.

Keyakinan Hamas bahawa konsep hanya dengan peperangan yang boleh dilakukan apabila berhadapan kekuatan musuh. Keyakinan ketenteraan mereka bergantung kepada apa yang diperintahkan Allah yang menyedari bahawa kemenangan hanya datang dari Allah. Terdapat banyak kes di mana kelompok kecil mengalahkan kelompok besar dengan izin Allah, dan Allah sebelum ini telah memberikan kemenangan kepada mereka dalam peperangan terdahulu pada tahun 2009 dan 2014, di mana Israel tidak dapat menguasai Gaza, ini adalah suatu kemenangan.

Sementara itu, tentera penjajah Israel memiliki kepercayaan ketenteraan yang kabur, bergantung kepada tindak balas, penindasan, pencurian, dan kekuatan senjata yang mereka miliki, serta sokongan kuasa Barat yang berdiri di belakang mereka. Mereka ingin terus hidup, sedangkan pejuang Hamas mencari syahid.

Hamas punyai segala macam kelengkapan ketenteraan (perisikan & pusat kajian). 7 Okt, mereka berjaya menyingkap kegagalan keselamatan Israel, yang mana akan membuatkan mereka berkecamuk teruk yang pasti akan meruncing selepas tamatnya perang ini.

Hamas berjuang di atas tanahnya yang sah. Israel berperang dari atas tanah yang dijajah & dicuri. Penjajah sentiasa akan kalah. Sejarah telah tunjukkan. Walaupun mereka punyai kelengkapan yang paling hebat.

Rakyat Gaza menunjukkan sokongan kepada pejuang tanpa berbelah-bahagi. Sokongan yang tidak pernah ditunjukkan sebelum ini. Bahkan, mereka menambahkan sokongan ini dengan keimanan & redha yang sangat hebat terhadap Allah SWT.

Manakala, Israel ketakutan dengan SUMPAH LAKNAT 80 TAHUN.

Rakyat Gaza sedar dengan perancangan menghalau mereka.
Mereka lebih rela syahid di atas tanah air mereka sendiri daripada terhina menunggu bantuan di kem pelarian. Ini membuatkan mereka menyokong penuh para mujahidin.

Taufan al-Aqsa mengubah paradigma & naratif dunia kepada Palestin, Hamas & Mujahidin. Mereka bersama Mujahidin.

Israel mengalami kecaman yang jitu dari seluruh dunia. Wajah binatang mereka tersingkap penuh.

Kejatuhan Institusi Media Sosial Barat yang menyokong penuh Israel. Sokongan penuh beralih kepada Palestin. Mereka telah banyak membantu membetulkan naratif yang sebenar.

Kini, Isu Palestin menjadi rutin harian untuk dibaca bagi sesiapa yang punyai HP.

Sehingga kini Hamas masih belum menunjukkan kekuatannya secara 100%. Dengan sebahagian kekuatan ini Hamas telah mengugut Netanyahu, bahawa dia akan kalah melutut kehinaan. Hamas telah berjaya mengawal perang ini dalam segala genap, media, tentera & politik

Hamas telah mengucar-kacirkan seluruh sistem pentadbiran Israel.


Netanyahu bergaduh dengan kabinetnya. Menteri Kewangan berkata mereka mengalami keruduman ekonomi yang paling teruk dalam sejarah negara.
Rakyat pula mendesak Netanyahu beredar dari kerusi PM.

Kesimpulan: Hamas telah kaji perang ini dengan sangat teliti. US mengambil masa berbulan untuk tawan Iraq, namun tidak berjaya. Jadi bagaimana Israel mampu untuk tawan Gaza sedangkan mereka tidak tahu di mana terowong & dari mana Mujahidin akan menyerang?

Dalam masa yang sama, seleruh rakyat Gaza dipenuhi dengan iman & redha kepada Allah SWT pada tahap yang tertinggi.

Mereka telah berjaya menukar perasaan sedih, geram, pasrah kepada tenaga kekuatan untuk bertahan melawan penjajah.

Mereka tidak akan kalah dengan mudah!

oleh: Ahmed Mansour (Bekas jurnalis al-Jazeera)

Alih bahasa: Anas bin Bad latif & Ahmad Muntaha bin Zainal Bahrin

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts