Peliharalah diri daripada terlibat dengan lawak lucah

BANGI– Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kubang Pasu, Dr Hisham Sharif mengingatkan masyarakat supaya memelihara diri daripada terlibat dengan lawak-lawak lucah, baik di alam nyata, mahupun di alam maya, secara terbuka atau tertutup.

Beliau berkata demikian dipercayai merujuk kepada kenyataan tular seorang pengerusi tahfiz, Ezzat Tahir yang mempersoalkan tuduhan ke atas penceramah bebas dikenali ‘Ustaz F&N’ merogol remaja perempuan berusia 14 tahun berkali-kali.

Ezzat bahkan seolah-olah menyalahkan mangsa rogol yang masih di bawah umur itu dengan menuduhnya menjadi punca kejadian itu berlaku.

Kenyataan tersebut turut mengundang kecaman pengguna media sosial sehingga ada yang mengatakan tindakan sebegini adalah salah satu punca mangsa rogol takut untuk membuat laporan polis.

Mengkritik perbuatan melawak lucah, Dr Hisham menegaskan, bahawa ia adalah satu perkara dosa dan mengaibkan.

“Bila dah terbiasa jadi mainan bibir dan jari, takut tak kena tempat terlepas tanpa kawal, pasti buruk akibatnya. 

“Lagipun lawak lucah ini perkara dosa, bukan benda yang lawak pun dan menyinggung ramai pihak.

“Bagi yang telah berkahwin, rahsia bilik tidur adalah antara rahsia-rahsia yang berdosa jika diceritakan kepada umum. 

“Moga Allah pelihara aib kita semua,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts