Pembangunan semula Gaza bermula pada Oktober

GAZA– Fasa pertama proses pembinaan semula Semenanjung Gaza akan disegerakan selepas empat bulan serangan dahsyat negara pengganas Israel.

Rancangan pembinaan semula itu ditetapkan oleh Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Gaza, Jawatankuasa Qatar bagi Pembangunan Semula Gaza dan pihak-pihak antarabangsa yang lain.

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Naji Sarhan memberitahu Al Jazeera bahawa beberapa negara berjanji akan menyumbang bagi proses pembinaan semula Gaza pada Oktober nanti.

“Qatar berjanji dana AS$500 juta (RM2.09 bilion) untuk membangun kembali unit kediaman yang musnah dalam serangan Israel baru-baru ini, di mana Mesir menjanjikan AS$500 juta untuk infrastruktur dan jalan yang musnah” katanya.

Serangan 11 hari pada Mei lalu, mengorbankan lebih daripada 260 penduduk Palestin, termasuk 66 kanak-kanak.

Kira-kira 2,000 rumah musnah, di samping 22,000 unit lagi yang sebahagiannya rosak mengakibatkan pemindahan puluhan ribu penduduk Palestin.

Menurut Sarhan, kerugian dalam peperangan baru-baru ini dianggarkan bernilai AS$497 juta (RM2.08 bilion).

“Sekatan Israel-Mesir selama 14 tahun di semenanjung itu memberi banyak halangan dalam proses pembinaan semula. Israel melarang bahan binaan melalui sempadannya, sehingga memburukkan keadaan hidup penduduk Palestin di Gaza,” katanya.

Perjanjian pembinaan semula merangkumi tiga fasa.

Fasa pertama termasuk membina semula rumah kediaman oleh Jawatankuasa Qatar, yang akan membina semula 1,000 unit kediaman yang musnah, termasuk 800 yang mengalami kerosakan.

Sarhan berkata, Mesir akan memulakan fasa pertama dalam tempoh beberapa hari lagi.

Pengaturan kemasukan bahan binaan ke Semenanjung Gaza sedang dilakukan melalui persimpangan sempadan Rafah.

Kuwait sebelumnya berjanji membina menara yang dibom dalam serangan terbaru, namun perjanjian itu tidak dipersetujui secara rasmi, katanya.

Sarhan berkata, pihaknya berharap lebih banyak penderma turut serta dalam proses pembinaan termasuk Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Kesatuan Eropah (EU) serta memberikan sumbangan mendukung sektor industri dan pertanian di Gaza. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts