Pembebasan Palestin: Jangan sekadar jadi penonton

HINGGA saat ini para pejuang pembebasan Palestin sedang berjuang menentang musuh yang nyata. Musuh yang penuh dengan tipu muslihat dan sandiwara. Yang pada hakikatnya adalah bacul dan pengecut.

Negara-negara sekitar sangat mengecewakan, tidak tahu apa yang telah menghalangi mereka. Seakan-akan menjadi boneka dalam sangkar emas. Kaya dengan kemewahan dunia, pasti miskin di akhirat kerana seolah-olah merestui tindakan rejim Zionis membunuh rakyat awam di Palestin.

Negara-negara yang cukup gah dengan banyak bangunan pencakar langit yang tinggi-tinggi tetapi miskin sifat perikemanusian.

Ketahuilah, rakyat di seluruh dunia majoriti malu dengan pemimpin di negara masing-masing yang hanya sekadar menjadi penonton. Bukan hanya di negara-negara Islam, malah rakyat di negara-negara bukan Islam juga turut terpukul mengenai kezaliman rejim Zionis melakukan pembunuhan terpilih ke atas kem-kem pelarian, hospital dan sekolah yang melindungi pelarian.

Rakyat yang ada hati nurani pasti akan membantah, berhimpun, menyatakan rasa marah atas kegagalan pemimpin yang mereka pilih untuk bantu melindungi rakyat Palestin.

Peperangan Taufan Al-Aqsa kali ini, bukan sekadar, perang fizikal tetapi telah mendedahkan kerosakkan sebuah ukhwah Islamiah yang diajar oleh Islam. Negara-negara Islam kelihatan hanya berpeluk tubuh dan menjadi penonton yang hanya menyaksikan umat Islam di bumi Palestin terutama di Gaza dibunuh.

Kita tahu, pakatan tentera musuh pasti membantu sesama mereka kerana itulah sifat tentera kebatilan. Penulis merasa amat kecewa dengan hubungan diplomasi negara-negara arab malah negara-negara Islam yang lain dalam membantu memberi tekanan yang tuntas demi membantu pejuang pembebasan Palestin mendapatkan kembali tanah air mereka yang telah dijajah.

Cukup untuk kita semua tahu, peperangan ini hanya akan tamat apabila tanah hak milik penduduk asal Palestin dikembalikan. Cukup untuk kita semua maklum, seandainya tanah Palestin jatuh sepenuhnya ke tangan mereka, mereka tidak akan puas hati dan pasti akan menyasarkan negara-negara lain pula untuk menjadi tempat mereka “bermain perang-perang”.

Semoga tanah Palestin terus terbebas.

Wan Mohd Amir B Wan Mohamad Zaharuddin
Ketua Operasi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin Negeri Perak

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts