PETALING JAYA: ‘Salah satu sebab muflis di akhirat: Pembuli.
Demikian catatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di media sosial, ketika negara digemparkan sekali lagi dengan kes baharu buli di sebuah sekolah berasrama di Perak.
Dalam catatan tersebut, Jakim memetik hadis yang bermaksud: “Sesungguhnya orang muflis dari kalangan umatku adalah sesiapa yang datang pada hari kiamat dengan solat, puasa, dan zakat. Dia juga datang dalam keadaan pernah mencela orang ini, menuduh orang ini, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang ini, memukul orang ini. Maka diberikan kepada orang tersebut kebaikan-kebaikan dirinya. Sekiranya kebaikannya sudah habis dalam keadaan perhitungan ke atasnya belum lagi habis, maka diambil kejahatan-kejahatan mereka itu tadi lalu dicampakkan kepadanya dan kemudiannya dia dicampak ke dalam neraka.” (Riwayat Muslim).
Tular video di laman media sosial mengenai kes buli di sebuah sekolah berasrama penuh dengan beberapa pelajar telah ditahan untuk membantu siasatan.
Mangsa buli kini dirawat di sebuah hospital di Selangor. – Utusan Malaysia
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM