Pemimpin bertakwa akan menginsafi setiap perbuatan: Sultan Abdullah

 

SULTAN Pahang VI, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu kepemimpinan kerajaan negeri di setiap lapisan berkhidmat kepada rakyat dengan penuh amanah, bertanggungjawab serta menjunjung sifat ketakwaan.

Dalam titah sulungnya selepas dimasyhurkan sebagai sultan, baginda bertitah hanya pemimpin yang bertakwa sahaja akan menginsafi bahawa setiap perbuatan dan keputusan yang dibuat mereka bakal dihitung di akhirat kelak.

“Kepada rakyat jelata sekalian, saya ini tidak ubah ‘bagai condong yang akan menongkat, bagai rebah yang akan menegak. Kekuatan sebuah negeri adalah kerana raja pemerintah manakala kekuatan raja pemerintah terletak kepada kerajaan dan rakyatnya.

“Kepada sayalah tempat sekalian rakyat menumpang teduh apabila dilanda musibah dan menumpang kasih apabila berduka.

“Legasi pemerintahan Paduka Ayahanda (Sultan Ahmad Shah) yang berpaksikan kepada kata keramat ‘Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada’ akan terus saya jadikan sebagai cogan utama pemerintahan saya,” titahnya pada majlis pemasyhuran Sultan Pahang Keenam, di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Turut berangkat ke majlis itu, isteri baginda, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; adinda baginda, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mu’adzam Sultan Ahmad Shah.

Laungan tiga kali Allahu Akhbar dan Daulat Tuanku turut mengiringi istiadat pemasyhuran yang berlangsung di Balairung Istana Abu Bakar,

Kira-kira 1,500 tetamu kalangan kerabat diraja Pahang, orang kenamaan, ketua jabatan dan rakyat Pahang memeriahkan majlis pemasyhuran penuh istiadat dan bersejarah itu..

Baginda yang memakai baju berwarna kuning juga sebak beberapa minit dan menitiskan air mata ketika memohon rakyat mendoakan kesejahteraan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah serta bondanya, Al-Marhumah Tengku Ampuan Afzan Rahimahallah Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad yang mendidik baginda dengan penuh kasih sayang. – Harian Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts