GAZA – Ketua Biro Politik Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Ismail Haniyeh, dijangka melawat Malaysia dan mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak lama lagi.
Kunjungan ke negara ini adalah dalam rangka lawatan beliau untuk menemui pemimpin dunia Islam, lapor Arabi21 yang memetik sumber pegawai kanan Hamas.
“Ismail Haniyeh akan meninggalkan Semenanjung Gaza untuk melakukan lawatan di beberapa negara Arab dan negara lain. Lawatan itu akan bermula di Mesir,” kata sumber Hamas.
Katanya, Haniyeh juga akan melawat Lubnan, Turki, Iran, Qatar, Kuwait, Mauritania, Malaysia, Indonesia dan Maghribi.
Lawatan itu bertujuan mendapatkan sokongan untuk Hamas, selain memberi taklimat mengenai perkembangan semasa politik Palestin, serta keadaan Semenanjung Gaza yang dikepung rejim pengganas Israel sejak lebih 11 tahun lalu.
“Haniyah juga dijangka melawat Moscow sebagai membalas jemputan daripada kerajaan Russia,” katanya.
Lawatan itu dirancang sejak beberapa bulan lalu, tetapi pihak berkuasa Mesir membantah kunjungan ke beberapa negara tertentu.
Kali terakhir Haniyeh dilapor melakukan lawatan ke beberapa negara ialah pada 2011. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)
Alhamdulillah moga pertemuan Ismail Haniyeh bersama Tun akan membuahkan hasil yang positif demi kepentingan warga palestina dan Baitulmaqdis.
Ahlan2 Tuan Ismail Haniyeh, kami bersama Perjuangan tuan