CHICAGO – Pemimpin Persatuan Islam Amerika mengecam tindakan pentadbiran Donald Trump yang melarang pelarian dan pengembara dari enam negara Islam masuk ke negara itu, bermula Sabtu.
Presiden ISNA, Azhar Azeez berkata, kuatkuasa yang dilaksanakan Trump itu adalah tidak sah dan bahaya kepada komuniti Islam Amerika.
Jelas beliau, sebagai kumpulan pendukung Islam terbesar di benua itu, mereka membantah pelaksanaan sekatan terbabit.
“Negara ini sentiasa menjadi sebuah negara yang inklusif dan bertolak ansur dan kami rakyat Amerika mempunyai kewajipan untuk memastikan kami sentiasa mendukung kesemua perkara ini,” katanya.
Versi terhad sekatan perjalanan sementara oleh Trump itu melarang pelarian dan pelawat dari Iran, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yemen dikuatkuasa selepas ia diluluskan Mahkamah Agung AS tertakluk kepada perbicaraan penuh Oktober ini.
Trump telah menetapkan larangan selama 90 hari terhadap warga negara dari enam negara Islam dan pengharaman 120 hari ke atas pelarian. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my