Pemuda berjalan kaki setahun untuk tunai haji kini berada di Dubai

 

PEKALONGAN (INDONESIA) – Kisah inspirasi seorang pemuda yang berjalan kaki hampir setahun untuk menunaikan ibadah haji di tanah suci Makkah kini viral di media sosial di Indonesia.

Pemuda berkenaan, Muhammad Khamim Setiawan, 29, berasal dari Desa Rowokembu di Pekalongan, Jawa Tengah dilaporkan memulakan misinya pada 28 Ogos tahun lalu.

Bapanya, Saofani Solichin berkata, selepas menempuh pelbagai dugaan kini anaknya sudah sampai ke Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan meneruskan perjalanan ke Makkah.

“Anak saya pada mulanya memulakan misi itu dengan seorang rakannya, tetapi belum pun keluar dari Indonesia, rakannya sudah mengalah dan pulang ke rumah,” jelasnya.

Jelas beliau, Muhammad Khamim hanya membawa sedikit wang, namun dia mendapat bantuan dari penduduk di kawasan yang disinggahi, malah mereka turut menghubunginya bagi memberitahu keadaan anaknya itu.

“Muhammad Khamim merancang perjalanan ini selama tiga tahun dengan meneliti tempoh visa lawatan setiap negara dan berpuasa selang sehari sebagai persediaan.

“Pada mulanya saya sangsi dengan kemampuan Muhammad Khamim tetapi apabila mengetahui dia kini sudah sampai ke Dubai, saya yakin dia akan berjaya,” katanya.

Sepanjang perjalanan itu, Muhammad Khamim berjalan kaki merentasi Malaysia, Thailand, Myanmar, India, Oman, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts