Pemuda muslim India buka puasa selamatkan nyawa kanak-kanak

 

PATNA – Seorang pemuda dari Bihar terpaksa berbuka puasa untuk menderma darah bagi menyelamatkan nyawa kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dimasukkan ke hospital kerajaan.

Berdasarkan laporan, keadaan anak perempuan Ujjwal Singh, Nishtha Kumari merosot secara tiba-tiba pada Jumaat lalu dan dimasukkan ke sebuah hospital kerajaan tempatan untuk mendapatkan rawatan.

Kumari menderita akibat talasemia iaitu kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti.

Setelah mendapati keadaannya kritikal, doktor meminta ibu bapa Kumari segera menguruskan darah untuk anak mereka.

Bapanya bergegas ke pusat darah tempatan namun pulang dengan hampa. Tidak berputus asa, dia seterusnya menghubungi Jawatankuasa Penderma Darah Daerah (DBDC) yang berjanji akan membantu namun itu tidak meyakinkan.

Apabila kembali ke hospital, dia dikejutkan dengan kehadiran Waqar Ahmed yang tidak sabar menanti kepulangannya.

“Seseorang memberitahu saya bahawa anda sangat memerlukan darah untuk anak perempuan anda. Saya datang untuk menderma darah,” kata Ahmed.

Pemuda itu kemudiannya berbuka puasa dengan segelas jus dan menderma darah, membantu menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu.

“Layanan kepada manusia adalah agama terbesar,” kata Ahmed. Singh mengatakan bahawa dia tidak mempunyai kata-kata untuk mengucapkan terima kasih.

Kejadian menyentuh perasaan itu turut berlaku di di daerah Giridih di Jharkhand apabila seorang pemuda muslim berbuka puasa untuk menderma darah supaya nyawa seorang kanak-kanak lelaki dapat diselamatkan.

Ibu bapa Nikhil yang berusia lapan tahun sukar mencari darah untuk anak mereka yang menderita radang paru-paru.

Sebagai usaha terakhir, bapanya menghantar mesej kepada penduduk kampung untuk menderma darah. Ketika berita itu sampai, Salim Ansari bergegas ke hospital pada Rabu dan menawar diri untuk menderma darah.

Dia tanpa membuang masa berbuka puasa dan menderma darahnya kepada kanak-kanak itu. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts