Pendidikan anak-anak: Rotan atau kelembutan?

 

1. SAYA sentiasa percaya, secara asas (by default) pendekatan terbaik bagi mendidik anak-anak ialah dengan kelembutan.

2. Al-Quran mengungkapkannya sebagai ‘hikmah dan contoh teladan yang baik’. Manakala Rasulullah ﷺ diceritakan tidak pernah meninggikan suara Baginda kepada Anas Bin Malik R.A walaupun sekali (apatah lagi marah dan memukul) selama 13 tahun hidup bersama.

3. Banyak contoh lain dalam kehidupan Baginda ﷺ dan sahabat yang lain membuktikan kelembutan adalah kaedah asas pendidikan dalam Islam.

4. Salah satu kaedah pendidikan tadika ‘montessori’ ialah guru akan melutut dan memeluk erat pelajar yang kurang faham pembelajaran bagi menenangkan dan membantu mereka memahami dengan lebih baik.

Kaedah ini dikatakan diteladani daripada kaedah malaikat Jibril memeluk erat Rasulullah ﷺ dalam peristiwa wahyu pertama di Gua Hira’. Tamadun dunia yang lain sentiasa belajar daripada kaedah Islam yang juga agama fitrah yang terbaik.

5. Namun tidak dinafikan. Ketegasan dan disiplin yang ketat juga diperlukan dalam mendidik anak-anak dalam situasi dan keadaan tertentu, contohnya apabila kelembutan tidak mampu memberikan kesan.

 

 

6. Dalam Islam, anak-anak perlu dirotan pada usia 10 tahun dan dihalau daripada rumah pada usia 15 tahun jika tidak menunaikan solat (setelah mula dilatih dan diajar solat seawal 7 tahun). Selain itu, pelbagai kisah nabi, sahabat dan para tabi’in menunjukkan disiplin yang ketat dalam menuntut ilmu termasuklah elemen denda dan hukuman.

7. Pendidikan anak-anak adalah seni yang amat halus. Setiap ibu bapa, guru dan anak-anak diciptakan dengan kepelbagaian karakter dan kemampuan. Jangan sesekali membandingkan kita atau anak-anak kita dengan orang lain

8. Contoh terbaik dari al-Quran dan Sunnah sudah di depan mata. Semuanya kini bergantung kepada kita untuk terus belajar dan memperbaiki diri menjadi pendidik generasi Rabbani masa depan Islam yang terbaik bagi memenangkan kembali agama ini.

9. Antara rotan dan kelembutan, sentiasalah bermula dengan yang mudah. Cukuplah rotan untuk digantung. Kerana sekali ia dilibas, sakitnya (di badan yang kena dan di hati yang mendera) adalah tidak tertanggung!

10. Moga Allah membantu kita dalam pendidikan anak-anak.

Ir Hj Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad
Kluster Tarbiah ISMA

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts