Pengajaran tawadhuk daripada Imam Ahmad

 

Pengajaran tawadhuk daripada Imam Ahmad

قال ﻳﺤﻴﻲ ﺑﻦ ﻣﻌﻴﻦ : ﻣﺎ ﺭﺃﻳﺖ ﻣﺜﻞ ﺃﺣﻤﺪ ﺑﻦ ﺣﻨﺒﻞ ، ﺻﺤﺒﻨﺎﻩ ﺧﻤﺴﻴﻦ ﺳﻨﺔ
ﻣﺎ ﺍﻓﺘﺨﺮ ﻋﻠﻴﻨﺎ ﺑﺸﻲﺀ ﻣﻤﺎ ﻛﺎﻥ ﻓﻴﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺼﻼﺡ ﻭ ﺍﻟﺨﻴﺮ ، ﻭﻛﺎﻥ ﺭﺣﻤﺔ ﺍﻟﻠﻪ
ﻳﻘﻮﻝ : ﻧﺤﻦ ﻗﻮﻡ ﻣﺴﺎﻛﻴﻦ ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺤﻔﺎﻅ : ﺭﺃﻳﻨﺎ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺍﺣﻤﺪ ﻧﺰﻝ ﺇﻟﻰ ﺳﻮﻕ
ﺑﻐﺪﺍﺩ ، ﻓﺎﺷﺘﺮﻯ ﺣﺰﻣﺔ ﻣﻦ ﺍﻟﺤﻄﺐ ، ﻭﺟﻌﻠﻬﺎ ﻋﻠﻰ ﻛﺘﻔﻪ ، ﻓﻠﻤﺎ ﻋﺮﻓﻪ
ﺍﻟﻨﺎﺱ ، ﺗﺮﻙ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﻤﺘﺎﺟﺮ ﻣﺘﺎﺟﺮﻫﻢ ، ﻭﺃﻫﻞ ﺍﻟﺪﻛﺎﻛﻴﻦ ﺩﻛﺎﻛﻴﻨﻬﻢ ، ﻭﺗﻮﻗﻒ
ﺍﻟﻤﺎﺭﺓ ﻓﻲ ﻃﺮﻗﻬﻢ ، ﻳﺴﻠﻤﻮﻥ ﻋﻠﻴﻪ ، ﻭﻳﻘﻮﻟﻮﻥ : ﻧﺤﻤﻞ ﻋﻨﻚ ﺍﻟﺤﻄﺐ ، ﻓﻬﺰ
ﻳﺪﻩ ،ﻭﺍﺣﻤﺮ ﻭﺟﻬﻪ ،ﻭﺩﻣﻌﺖ ﻋﻴﻨﺎﻩ ﻭﻗﺎﻝ : ﻧﺤﻦ ﻗﻮﻡ ﻣﺴﺎﻛﻴﻦ ، ﻟﻮﻻ ﺳﺘﺮ
ﺍﻟﻠﻪ ﻻﻓﺘﻀﺤﻨﺎ ، ﺃﺗﻰ ﺭﺟﻞ ﻟﻴﻤﺪﺡ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺍﺣﻤﺪ ، ﻓﻘﺎﻝ ﻟﻪ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺍﺣﻤﺪ :
ﺃﺷﻬﺪ ﺍﻟﻠﻪ ﺇﻧﻲ ﺃﻣﻘﺘﻚ ﻓﻲ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﻜﻼﻡ ،ﻭﺍﻟﻠﻪ ، ﻟﻮ ﻋﻠﻤﺖ ﻣﺎ ﻋﻨﺪﻱ ﻣﻦ
ﺍﻟﺬﻧﻮﺏ ﻭﺍﻟﺨﻄﺎﻳﺎ ﻟﺤﺜﻮﺕ ﻋﻠﻰ ﺭﺃﺳﻲ ﺑﺎﻟﺘﺮﺍﺏ ﻭﻛﺎﻥ ﻳﻘﻮﻝ : ﻳﺎ ﻟﻴﺘﻨﻲ ﻣﺎ
ﻋﺮﻓﺖ ﺍﻟﺸﻬﺮﺓ، ﻳﺎ ﻟﻴﺘﻨﻲ ﻓﻲ ﺷﻌﺐ ﻣﻦ ﺷﻌﺎﺏ ﻣﻜﺔ ﻣﺎ ﻋﺮﻓﻨﻲ ﺍﻟﻨﺎﺱ

Berkata Yahya ibn Ma’in: “Aku tidak pernah melihat seseorang seperti Ahmad bin Hanbal. Kami telah mendampingi beliau selama 50 tahun. Beliau tidak pernah membanggakan diri walau sedikitpun atas segala amal kebaikan yang beliau lakukan. Beliau (semoga Allah merahmatinya) selalu berkata: “Kami hanyalah orang yang tiada apa-apa”.

Para Huffaz berkata: “Kami melihat Imam Ahmad pergi ke pasar Baghdad, lalu beliau membeli seikat kayu, dan beliau membawanya sendiri di atas belakang beliau. Apabila manusia mengetahui bahawa itu ialah beliau, maka para peniaga meninggalkan perniagaan mereka, tuan kedai meninggalkan kedai mereka, orang yang berjaan kaki berhenti berjalan kaki”. Mereka semua memberi salam kepadanya dan berkata: “Biarlah kami yang yang mengangkat kayu tersebut untuk kamu. Lantas tangan Imam Ahmad bergetar, mukanya menjadi merah dan air matanya mengalir. Beliau berkata: “Kami adalah golongan yang tidak punya apa-apa. Jika tidak kerana Allah SWT telah menutup keaiban kami, nescaya akan terdedahlah keaiban kami”.

Seorang lelaki datang untuk memuji Imam Ahmad, lalu Imam Ahmad berkata kepad beliau: “Aku bersaksikan Allah bahawa aku benci perkataan kamu ini. Demi Allah, jika sekiranya kamu tahu segala dosa-dosa dan kesalahan-kesalahanku, kamu akan meletakkan tanah di atas kepala aku (terjemah: digunakan juga untuk gambaran memalukan).”

Imam Ahmad selalu berkata: “Alangkah baiknya jika sekiranya aku tidak dikenali. Alangkah baiknya jika aku tinggal di salah satu lorong antara lorong-lorong Mekah, dan tidak ada sesiapapun yang mengenali aku”

Begitulah tawadhuknya Imam Ahmad, dengan segala kelebihan yang Alla berikan kepada beliau. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk mengikuti contoh-contoh para ulama dan fuqakah ini.

Prof. Madya Dr. Aznan Hasan
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts