Pengiktirafan hak LGBT bercanggah dengan Islam: Mufti Kelantan

 

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan hak golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) ternyata bercanggah dengan Islam.

Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Mohamad berkata, dalam Islam yang haram tetap haram dan tidak boleh menjadi hak kita untuk menghalalkannya.

Menurutnya, masyarakat di negara ini perlu berjalan di atas landasannya dan bagi umat Islam, relnya adalah di atas landasan agama.

“Kebebasan itu bukan kebebasan yang tidak ada had. Misalnya, sebuah kereta api yang berjalan atas rel itu adalah kereta api yang bebas.

“Tetapi jika kereta api yang lari daripada rel itu bukan bebas, tetapi maksudnya meminta kehancuran dan kemusnahan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Ahmad Shukri berkata, semua orang ada hak namun perlu mengikut undang-udang telah ditetapkan.

“Contohnya, saya mempunyai kereta dan ia hak saya untuk memandunya, tetapi saya perlu berhenti ketika lampu isyarat merah kerana ada undang-undang.

“Jadi LGBT nak minta kelonggaran apa? Nak hak apa? Hak untuk menghalalkan LGBT? Kalaulah mereka katakan hak mereka untuk berkahwin sesama jantina, mintalah Parlimen luluskan,” katanya.

Beliau berkata, Islam adalah agama rasmi negara ini dan sepatutnya patuh kepada kehendak Islam.

“Kalau kita hanya menyebut Islam sebagai agama negara tetapi kita tidak tunduk kepada kehendak Islam itu maksudnya kita sudah tidak beri makna kepada Islam sebagai agama rasmi negara,” katanya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts