Pengiktirafan UEC suatu pengkhianatan kepada peradaban bangsa dan negara

 

 

Ramai yang meminta saya mengulas mengenai UEC, walaupun sebelum ini telah acap kali saya lontarkan pandangan sebegini.

UEC tidak boleh disamatarafkan dengan apa jua sijil di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang setara seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), SMA/SMU dan sebagainya kelolaan kerajaan. Sama sekali tidak boleh.

SPM dan SMU/SMA kelolakan oleh kerajaan dengan prosedur ketat, selaras dengan Dasar dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Manakala UEC adalah sekolah persendirian yang dibina oleh sebuah NGO ultra kiasu Cina, yang mereka sendiri yang menjadi lembaga dan pengelolanya. Daripada penyediaan silibus sehingga kepada peperiksaannya. Boleh dikatakan tidak sistem sebegini dalam dunia ini, pendidikan dikelolakan oleh NGO, kecuali pendidikan swasta.

Dalam UEC, mereka (NGO ultra kiasu Cina) itu sendiri yang merangkakannya tanpa merujuk kepada kepada pihak yang berautoriti, seperti proses persijilan lain yang dikelola oleh kerajaan.

Sebab itu, perbandingan dua sijil ini tidak wajar sama sekali dilakukan.

Begitu juga dengan kelayakan guru-gurunya, terutama dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah serta banyak lagi, jika mahu diperkatakan.

Silibus Bahasa Melayu dan Sejarah begitu berbeza dengan subjek yang sama di peringkat SPM. Bahasa Melayu UEC jauh lebih mudah berbanding dengan BM SPM/SMA/SMU.

Sama juga dengan subjek Sejarah, jauh sekali untuk menerangkan sejarah negara ini mengikut perspektif yang sebenar. Malahan, sejarah Tanah Besar China, lebih diberikan perhatian, berbanding sejarah tanah air sendiri.

Di situ sahaja sudah nampak perbezaan yang sangat ketara. Jangan dicungkil lagi ke dalam. Sudah tentu akan ditemui banyak lagi masalahnya.

Kita cukup hairan kenapa kerajaan daripada dahulu hingga sekarang tidak bertegas dengan pendidikan sebengini dan terus membiarkannya, sehingga mendapat pengiktirafan, dalam dan luar negara.

Justeru, saya merasa pelik kenapa isu UEC tidak pernah selesai secara tuntas. Lebih malang lagi kita turut mengiktiraf Kolej Universiti New Era, yang kita sebut dahulunya sebagai universiti merdeka yang dimiliki oleh NGO yang sama berkaitan UEC. Universiti merdeka yang diperjuangkan oleh ultra kiasu sebelum dan selepas merdeka, telah berjaya ditegahkan dengan pengiktirafan kolej ini.

Sebenarnya, sejak dahulu lagi, 2011, UEC ini sudah diterima bagi kemasukan ke IPG kepada mereka yang ingin mengkhusus dalam pengajaran Bahasa Cina. Klimaksnya, pada zaman PH, yang mereka mahu mengiktiraf secara keseluruhannya, tanpa perlu menduduki SPM.

Kontroversi dalam iklan pengambilan terbaharu, sama seperti dahulu, antara syaratnya adalah

____________

SYARAT AKADEMIK

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya 6 kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lulus Sejarah.

SYARAT TAMBAHAN

Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) :

Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) gred kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML)

Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU):
Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) gred kepujian di peringkat SMA atau SMU.

BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

Bahasa Cina Pendidikan Rendah (SJKC) bagi Iulusan Unified Examination Certificate (UEC).

Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (SK/SJKC/SJKT) bagi lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU).

______________________

Melihat kepada iklan seperti ini, KPM mesti menarik balik kemasukan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Nyata sekali, UEC bertentangan dengan Dasar dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Akta Pendidikan 1996.

Ketika PH memerintah, ada cubaan untuk menghalalkannya. Nasib baik, PH jatuh, jika sudah pasti UEC dihalalkan sepenuhnya, setara dengan SPM.

Kita tidak pernah menolak melarang sesiapapun untuk belajar Bahasa Cina telah bukannya mengajar dalam Bahasa Cina. Pandangan ini dikemukakan oleh Pakar Perlembagaan, Prof Shad Faruqi. Tidak ketinggalan sejarawan ulung, mendiang Prof Tan Sri Dr Khoo Kay Kim

Dalam maksud, apa jua bahasa komunikasi seperti Tamil, Mandarin dan bahasa lain boleh diajar dan digalakkan diajar di sekolah sebagai subjek (bahasa).

Walaupun sebelum ini, KPM menjelaskan kemasukan graduan UEC untuk mengikuti PISMP di Institut Pendidikan Guru IPG, adalah bagi memenuhi keperluan dalam bidang pengkhususan Bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Program ini sebenarnya sudah bermula sejak tahun 2011, malah diteruskan ketika era pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Kerajaan pada 2012 menerima lepasan UEC untuk mengikuti program PISMP dalam bidang Bahasa Cina dengan syarat mereka lulus SPM dan memperolehi sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Melayu.

Tahun lepas, dalam pertemuan Perdana Menteri dengan Persatuan Cina (Hua Zhong), Perdana Menteri dengan tegas mengatakan bahawa kerajaan tidak pernah menyatakan akan mengiktiraf UEC.

Sebaliknya, Perdana Menteri menegaskan UEC perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh kerajaan pada masa hadapan.

UEC adalah silibus sekolah persendirian Cina yang mana sukatan pelajarannya bukan sahaja berkiblatkan kepada Taiwan, tetapi juga ditentukan oleh Persatuan Cina tersebut. Ini jelas bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996

Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, dengan pengiktirafan UEC ini kita bukan sahaja tidak berlaku adil kepada dasar negara, tetapi juga kepada pelajar-pelajar Cina yang berada dalam aliran kebangsaan, termasuk yang berada di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC), yang bertungkus lumus belajar bersama dalam aliran kebangsaan. Tiba-tiba UEC datang menutup peluang itu. Tidakkah kita berlaku zalim terhadap mereka semua? -Ismaweb

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts