Pengkhianat bangsa, agama jika sokong ICERD

 

MANA-mana Melayu Muslim yang menyokong ICERD boleh digelar sebagai pengkhianat bangsa dan agama. Pengkhianatan mereka akan dicaci dan dilaknat oleh generasi akan datang hingga ke batu batu nisan sebagaimana tokoh tokoh terdahulu yang bersama penjajah dan pendatang asing dikutuk dan oleh generasi sekarang kerana pengkhianatan mereka terhadap bangsa mereka sendiri hanya ghairah dengan pangkat dan harta.

Nasib bangsa dan negara mereka gadaikan. Mereka tidak akan dimaafkan oleh umat sepanjang zaman. Ada agamawan yang jahil dalam undang- undang tetapi merasakan jaguh dalam semua perkara.

Bercakap dan terus bercakap mempertahankan ICERD kononnya ICERD tidak dapat merubah Perlembagaan Negara yang ada. Konon kepandaiannya mengatasi pakar perundangan.

Ada kumpulan tersepit dengan kerjasama politik sempit kerana mengejar undi kaum pendatang terus mendiamkan diri. Cuma akhir akhir ini ditakuti akan tersisih dengan bangsanya sendiri terus mengeluarkan sedikit kenyataan untuk tidak menyokong ICERD tetapi kerjasama lain masih diteruskan.

Adakah masih merasakan orang kafir perlu disantuni dengan hikmah sedangkan semakin zahir permusuhan mereka terhadap Islam. Adakah kamu tidak mengenali siapa yang mendokong ICERD. Buka sikit ufuk kamu lihat latarbelakang mereka. Apa agama mereka. Dan apa perjuangan mereka.

Jangan kerana undi dalam PRU yang kamu hajatkan tetapi kamu mengkhianati bangsa, agama dan negara kamu. Kamu sayang untuk meninggalkan mereka kerana merasakan kafir sekarang ini tidak sama dengan kafir yang dinyatakan Allah dan RasulNya dalam Quran dan Hadis.

Alangkah cantiknya jika semua anak bangsa Melayu Muslim bangkit bersama dari istana diraja hingga penduduk hujung desa menyatakan penentangan mereka terhadap agenda ini.

Kalau dulu Sultan bersama rakyat mempertahankan maruah bangsa dan agama menentang penjajah yang durjana. Alangkah baiknya jika kekuatan ini dipadukan semula untuk berdepan dengan agenda yang akan meleburkan izzah bangsa dan agama.

Pejuang agenda ini adalah pendatang asing yang dibawa oleh penjajah untuk menjarah dan merampas harta dan tanah pusaka nenek moyang kita.

Mereka tidak menyayangi negara ini kecuali setelah mereka miliki sepenuhnya. Diaspora mereka tetap berjalan. Slogan Nam Thien ditiup secara halus tapi nyilu. Ayoh pertahankan tanah pusaka ini untuk diwarisi oleh anak cucu kita. Perjuangan yang perlu diwarisi dari dulu hingga akhir zaman

Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
YDP ISMA Pasir Puteh

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts