Kempen Produk Muslim bukti orang Islam pandai berniaga: Mufti Pahang

 

BANGI – Kempen Beli Produk Muslim atau atau Buy Muslim First (BMF) adalah bukti bahawa orang Islam pandai berniaga dan tidak boleh diperbodohkan.

Menyokong pelaksanaan kempen itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, kempen ini sepatutnya dilakukan sejak awal merdeka lagi sebab orang Islam sering dihina, diperbodohkan dan dikatakan tidak reti buat apa-apa.

“Sekarang kita nak tunjukkan kepada dunia bahawa orang Islam ada kemampuan untuk buat (berniaga), bukannya malas tak reti buat apa-apa. Apabila kita menunjukkan kebaikan orang Islam, kita sekali gus tunjuk kehebatan agama Islam itu sendiri.

“Sebagai contoh, ketika awal merdeka, keadaan ekonomi sama ada orang Islam atau bukan Islam lebih kurang sama sahaja. Apabila bukan Islam buka kedai, orang Islam beli barang di sana menyebabkan kedai yang kecil dipelopori oleh bukan Islam menjadi maju.

“Sebab itu mereka boleh buka pasaraya sekarang ini. Mereka kaya sebab kita telah membantu mereka dulu. Tapi kita, orang Islam buka kedai pun kita tak pergi, akhirnya (kedai) tutup. Dari situ hukumnya haram sebab kita memboikot sesama Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.

 

 

Dalam pada itu, Mufti Pahang menegaskan, kempen BMF yang mengutamakan produk keluaran muslim bukan bererti memboikot barangan lain keluaran bukan Islam.

“Nak tak nak kita kena beli juga barang keluaran orang bukan Islam sebab barangan kita tak cukup. Kalau kita boikot seolah kita kembali kepada zaman mundur.

“Tetapi kalau ada barang orang Islam, kita utamakan sebab kita nak bangunkan ekonomi kita seperti kita bantu orang bukan Islam dulu menjadi kaya sekarang ini.

“Namun apabila kaya, mereka lupa kekayaan mereka sekarang ini hasil daripada kita membantu mereka,” katanya.

Kempen BMBF adalah suatu alternatif bagi mengangkat dan mempromosikan barangan dan produk keluaran muslim.

Ia dilancarkan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dengan kerjasama Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) dan ABATA Commerce Sdn Bhd, bagi tujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam dan memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam.

Selain itu, ia juga meningkatkan kuasa beli dan aliran ekonomi ummah selain mengetengahkan produk serta perkhidmatan yang halal di seluruh negara. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts