- Sudah sampai masanya kita mengubah naratif hubungan kita di dalam perjuangan pembebasan Masjid Al-Aqsa dan mengembalikan hak rakyat Palestin kembali bernegara dari hanya menghulur bantuan kemanusiaan kepada pembebasan bumi Palestin dari penjajahan yang menjangkau 75 tahun.
- Dalam peperangan Taufan Al-Aqsa kali ini nampak jelas sekutu-sekutu musuh tanpa segan silu menyatakan sokongan berpihak membantu penjajah dengan aset-aset tentera dan sokongan moral yang tidak berbelah bagi untuk mengekalkan penjajahan bahkan meluaskan lagi daerah yang dijajah, sedangkan pemimpin-pemimpin negara Umat Islam mencari formula untuk menjadi orang tengah “mendamaikan” pihak-pihak yang berada di dalam kancah peperangan.
- Pengalaman siri-siri peperangan yang lalu membuktikan bantuan kemanusiaan itu sangat penting untuk menangani keperluan semasa dan sangat penting untuk membangunkan prasarana ketika suasana kembali aman . Namun , selagi mana pembebasan belum berlaku , kita akan mengulangi berhadapan dengan suasana yang sama berulang-ulang kali. Masjid yang baru dibina, hospital baru yang dibina, sekolah yang dibina semula , kilang-kilang roti yang dibina akan hancur samarata dengan bumi, dibom dan dimusnahkan sekelip mata. Semasa aman nanti kita akan bina semula , begitulah seterusnya. Namun saban hari semasa tiada berperang pun penduduk asal Palestin tetap dibunuh, ditangkap, dihalau dan berbagai bentuk kezaliman lagi.
- Maka mahu tidak mahu penyelesaian jangka masa panjang adalah pembebasan Palestin itu dari penjajahan. Maka Majlis Ulama ISMA menyeru seluruh umat Islam memainkan peranan dari sekecil-kecil peranan sehinggalah sebesar-besarnya dalam menyumbang kepada pembebasan tanah terjajah ini. Hakikatnya tiada yang kecil sumbangan itu di sisi Allah selagi mana kita lakukan secara Ikhlas.
- Jangan tinggalkan berdoa untuk pembebasan tanah barokah itu, sumbangkanlah harta, gunakanlah media sosial untuk menyebarkan kesedaran pembebasan ini. Gunakanlah posisi dan jawatan untuk membangkitkan semangat masyarakat. Para pemimpin umat Islam dan negara Islam wajib sedar dan bertindak sesuai dengan perubahan naratif ini. Para Ulama , penceramah , asatizah berkewajipan berusaha mengekalkan momentum perubahan naratif ini dikalangan orang awam.
Dato Haji Zamri Hashim
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)
Majlis Penasihat Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM