ROH perjuangan yang terpendam dalam sanubari umat Islam bangkit mekar membara kerana perang 11 hari Hamas melawan rejim Zionis Israel.
Seluruh dunia Islam membuka mata disaat bedilan roket-roket rejim menghujani bumi Gaza, dunia Islam menzahirkan rasa kebersamaan luar biasa.
Kezaliman rejim Zionis Israel menyebabkan ratusan nyawa terkorban, ribuan penduduk tempatan Palestin termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas menjadi mangsa.
Walaupun dunia berdepan dengan ancaman COVID-19 yang masih belum menemui titik penghujung, namun apa yang lebih mengerunkan adalah serangan bertali arus rejim Zionis.
Roket dan serangan udara bertalu-talu jatuh di bumi Gaza, menimpa orang awam tidak berdosa, bukan sahaja bangunan dan rumah kediaman ranap malah angka korban meningkat.
Hamas dengan semangat perjuangan tinggi melawan rejim Zionis dengan melancarkan roket-roket ke arah Ashdod, Askelon dan Tel Aviv.
Kedengaran siren-siren ketika serangan roket Hamas, penduduk haram Yahudi berlari ke tempat perlindungan bawah tanah.
Sistem peluru berpandu Iron Dome rejim Israel gagal memintas roket-roket Hamas yang langsung menghentam bangunan di kawasan sasaran.
Tidak sesiapa mampu menyangkal perpaduan dan kesatuan dunia Islam adalah kekuatan yang akan menghentikan kekejaman Israel.
Umat Islam seluruh dunia bukan saja di Facebook atau platform media sosial lain, mempunyai pendekatan tersendiri untuk ‘berperang’ menentang rejim Zionis.
Mewujudkan kesedaran mengenai peperangan yang berlaku, kempen dilancarkan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Aman Palestin bagi mengutuk serangan rejim zionis, menunjukkan sokongan kepada saudara seagama di Gaza.
Bendera-bendera Palestin laris, kibaran bendera itu membawa mesej kesedaran buat umat Islam untuk sama-sama bangkit dan mendoakan kesejahteraan umat Islam di Gaza.
Bantuan-bantuan terus memasuki Gaza, setelah rejim Israel akur dan umumkan gencatan senjata.
Konvoi lori membawa bantuan memasuki pintu masuk Kerem Shalom, membawa pelbagai bantuan makanan, bahan api dan ubat-ubatan yang amat diperlukan penduduk Palestin ketika ini.
Sesungguhnya janji Allah SWT adalah suatu kepastian dan kemenangan akan menjadi milik Islam.
Ingatlah sabda Nabi Muhammad ﷺ, “Kiamat tidak terjadi hingga kaum muslimin memerangi Yahudi lalu kaum muslimin membunuh mereka hingga orang Yahudi bersembunyi dibalik batu dan pohon, batu atau pohon berkata, ‘Hai Muslim, hai hamba Allah, ini orang Yahudi dibelakangku, kemarilah, bunuhlah dia, ‘kecuali pohon gharqad, ia adalah pohon Yahudi’.” (HR Muslim).
Yudi Kurniawan Budi
Yang di-Pertua BERJASA Bahagian Sepang
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)