Badar Kubra ialah peristiwa yang sarat dengan tadbir Ilahi. Allah adalah perencana disebalik detik-detik di dalam Badar. Dari bagaimana Allah turunkan hujan, beri rasa mengantuk pada orang Islam, bagaimana Allah nampakkan pada orang Islam jumlah orang kafir itu sedikit, semuanya dalam tadbir Allah.
• Fasa 1: Sebelum Perang Badar Kubra (Rabiul awal 1H- Ramadan 2H)
Umum mengetahui, misi asal Perang Badar adalah untuk menyekat rombongan dagang Abu Sufyan dari Syam, bukan dengan tujuan peperangan. Namun sebenarnya sebab terjadinya adalah lebih mendasar kerana wujud dorongan perang yang sangat kuat sejak dari awal hijrah.
Ketika fasa ini, pemuka Quraisy menghantar surat kepada:
i. Abdullah b. Ubai. b. Salul (bani Khazraj): “Samada kamu perangi mereka (Muhammad saw dan orang Islam) atau kami akan datang dengan bala tentera kami, memerangi kamu, membunuh kamu dan hamba abdikan anak isteri kamu.”
ii. Kaum Muhajirin: “Jangan kamu terpesona dengan terlepasnya kamu dari kami ke Yathrib. Sesungguhnya kami akan menyerang kamu, dan menghapuskan kamu sehingga ke akar umbi.”
Isu keselamatan sangat gawat terutama ketika kaum Quraisy berhubungan dgn orang Yahudi Madinah. Ini menyebabkan rutin para sahabat bergilir-gilir menjaga keselamatan Nabi saw. Sehinggalah turun wahyu “Allah akan memelihara kamu dari ancaman manusia”.
Maka Nabi saw melakarkan 2 strategi:
i. Memberi tekanan kepada penduduk Quraisy mekah dalam aspek ekonomi dengan memeterai perjanjian bersekutu dgn qabilah Arab yang tinggal di sepanjang laluan perdagangan.
ii. Menyusun ketumbukan pasukan dalam unit-unit kecil dan besar. Akhirnya 8 sariah dan ghazwah dijalankan untuk beri tekanan pada Quraisy secara intensif dan berimpak. Semuanya dipimpin oleh muhajirin untuk membangunkan semula kebolehan kaum muhajirin setelah 14 tahun di Mekah berada di dalam situasi yang sentiasa disuruh utk bertahan dan sabar.
• Fasa 2: Ketika Perang Badar (17 Ramadan 2H)
Bermula berdasarkan maklumat bahawa rombongan dagangan yang dipimpin Abu Sufyan sedang dalam perjalanan ke Syam. Namun, rombongan dagang tersebut akhirnya berjaya melepaskan diri. Jadi Nabi saw menyasarkan untuk menyekat rombongan ini apabila mereka balik ke Mekah.
– Maka Nabi saw membuka pada sesiapa sahaja para sahabat yang ingin menyertai misi tersebut. Ia bukan dalam bentuk kerahan. Akhirnya seramai 313 orang hadir, 2 ekor kuda dan 70 ekor unta disediakan untuk misi ini.
– Abu Sufyan pula mengutus utusan kepada Quraisy untuk keluar melindungi kafilahnya. Rentetan perminta itu, Quraisy telah keluar dengan 1000 orang, 100 ekor kuda dan 700 ekor unta di bawah pimpinan Abu Jahal.
Penglibatan Iblis dalam bentuk fizikal :
Dalam kehidupan rasulullah saw ada 2 ketika kemunculan iblis secara fizikal:
a. Sebelum Hijrah – iblis menyokong cadangan Abu Jahal untuk membunuh Rasulullah saw.
b. Peristiwa Badar Kubra. Org musyrikin Mekah terikat dengan perjanjian dengan bani Qinanah. Jadi mereka risau apabila mereka menyerang Madinah, Bani Qinanah akan serang dari belakang. Iblis muncul dengan rupa ketua Bani Qinanah, dan berkata “Kami tidak akan serang kamu bahkan kami akan tetap menyokong kamu.”
– Angkatan musyrikin Mekah susut dari 1300 orang kepada 300 orang apabila ada sekumpulan yang tarik diri.
Minta pandangan dan musyawarah
Sebelum memasuki pertempuran, Nabi saw kumpulkan para sahabat dan bermesyuarat dan minta pandangan kerana ketika Baiatul Aqabah sebelum ini, perjanjian mereka adalah untuk mempertahankan Nabi saw dalam lingkungan Madinah sahaja. Seorang demi seorang sahabat beritahu pada Rasulullah,
“Teruskan”. Juga ketua Ansar, Saad b. Muaz berkata “Wahai Rasulullah, kami beriman kepadamu, maka teruskan apa yang kamu inginkan. Kami akan kekal bersama dengan mu. Demi Allah yang mengutuskan mu dengan kebenaran. Andaikata kamu arahkan kami mengharungi lautan ini, kami akan harungi bersama kamu.” Walaupun baginda seorang Rasul, namun di dalam suatu keputusan besar, ia diputuskan secara bersama untuk mentarbiyah umatnya melazimi syura. Dengan bermesyuarat, insyaAllah ada keberkatan.
Lain-lain ibrah dari Perang Badar:
i. Rasulullah terbuka untuk terima cadangan Khubab b. Mundzir mengenai lokasi penempatan orang Islam. Ia mengisyaratkan perlunya keterbukaan pemimpin dalam memberi ruang kepada para pengikut untuk memberi pandangan.
ii. Betapa Nabi saw bermunajat kepada Allah menunjukkan sifat baginda sebagai hamba. Antara doa baginda: Ya Allah jika Engkau binasakan kelompok ini (pejuang mikmin) nescaya Engkau tidak akan disembah lagi di muka bumi.” Ia merupakan pengajaran kepada umat Islam, walaupun kita telah menyusun strategi yang terbaik, kita perlu menyerahkan urusan kepada Allah
iii. Nabi saw memberi motivasi walau dalam keadaan peperangan kepada para sabahat dengan menunjukkan suatu tempat dan berkata “Ini tempat si fulan akan mati”.
• Fasa 3: Setelah berlakunya Perang Badar
i. Seramai 70 orang Quraisy dibunuh, 70 ditawan dan sebahagian telah lari balik ke Mekah.
ii. Isu rampasan harta perang. Ada 3 keadaan sahabat pada ketika itu:
o Sebahagian yang menghambat tentera musyrikin
o Sebahagian yang sibuk mengumpul harta rampasan
o Sebahagian yang mempertahankan Rasulullah, takut jika ada cubaan membunuh.
Ini adalah keadaan yg tidak pernah mereka hadapi kerana baru pertama kali terasa ujian harta. Masing- masing mengatakan mereka lebih berhak atas harta rampasan.
Allah turunkan teguran secara khusus. Allah arah serahkan dahulu urusan ini pada Allah dan rasulnya di dalam surah al Anfal sebagai cara al Quran dalam merawat hati. Dalam ayat ini Allah turunkan keizinan bagaimana mengagihkan harta rampasan.
Badar Kubra telah mencatatkan pelbagai bentuk kemenangan bagi umat Islam yang sudah sekian lama tertindas oleh Quraisy Mekah. Tetapi kemenangan berpihak kepada umat Islam kerana wujud sifat dan syarat kemenangan yang membantu kejayaan mereka. Isu utama Badar Kubra adalah munajat kepada Allah, kesatuan yang kukuh dan strategi perancangan yang rapi.
Nota daripada Daurah Badar Kubra, 09 Mei 2020 oleh Al-Fadhil Ustaz Zaidi Mohamad Jalil: https://youtu.be/MtCRl3fUubk
Catatan,
Ida Izzaida Ishak
ISMA Shah Alam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)
Hebat ya perang Badar ni sebenarnya