Perbuatan menghina Rasulullah SAW dan fungsi pemerintah

 

FUNGSI pemerintah menurut agama Islam ialah melindungi agama Islam. Mengambil tindakan tegas ke atas individu yang menghina Rasulullah SAW termasuk dalam fungsi ini.

Kita semua berpegang bahawa keharmonian hubungan antara kaum dan keamanan negara ini perlu kepada sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Tetapi kita tidak terdengar kenyataan mencemuh dan mengecam perbuatan individu yang menghina Rasulullah SAW itu daripada pemimpin parti Cina dan India seperti DAP, MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain.

Menteri yang bertanggungjawab menjaga agama Islam pula memang sudah terkenal, sejak zaman pembangkang lagi, dengan sikap lunak terhadap bukan muslim dan golongan songsang, keras dan tegas pula terhadap umat Islam.

Selain dua sikap negatif di atas, kerajaan sendiri menampakkan keadilan itu tidak ditegakkan apabila kes Lim Guan Eng digugurkan sebaik sahaja peguam belanya menjadi Peguam Negara.

‘Conflict of interest’ terang-terangan secerah matahari di tengahari berlaku dalam sistem kehakiman negara yang sepatutnya bukan sahaja berlaku adil malah dilihat berlaku adil.

Kes Adib, yang jelas-jelas sudah ada suspek, tetapi tidak didakwa, sebaliknya diarahkan inkues pula.

Kes Siti Kasim sekali lagi menampakkan ‘conflict of interest’ Peguam Negara.

Kesemua kes ini hanya sekadar contoh, rentetan peristiwa yang menghilangkan keyakinan umat Islam terhadap kewibawaan Peguam Negara untuk mendakwa individu yang menghina Rasulullah S.A.W.

Sikap tidak bertanggungjawab pemimpin parti bukan Muslim, menteri jaga agama yang terkenal rekodnya berat sebelah, Peguam Negara yang amat diragui kejujurannya dan perangai biadap kaum minoriti yang semakin menjadi-jadi, semua ini penyebab ketidakpuasan hati umat Islam.

Kerajaan jangan buat-buat tak faham. Jangan disebabkan undi (hanya 29% orang Melayu undi PH) kamu “membelasah” umat Islam bertalu-talu, sedangkan orang lain yang buat onar.

Sesungguhnya dunia ini ibarat roda…

Akhirat pula segala-galanya…

Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts