Perebutan kuasa merosakkan jiwa Muslim

 

1. DULU ada seorang ahli politik pernah berkata: “Mahathir bapak perompak negara!” Kemudian hari ini mereka berpelukan, bekerjasama dan menyanjungnya semula. Dulu ada ahli politik mengherdik: “UMNO penyamun!” Tidak mustahil, nanti mereka menyanjungnya semula.
2. Ketahuilah kegilaan manusia kepada kuasa merosakkan hati mereka. Seorang tokoh sufi yang terkenal pernah berpesan bahawa sifat gilakan kuasa ini akan merosakkan peribadi seseorang. Sifat gilakan kuasa menyebabkan seseorang akan menjadi hasad dengki bahkan suka mencari keaiban manusia lain. Kata Fudail ibn Iyyad:
ما من أحد أحب الرئاسة إلا حسد وبغى ، وتتبع عيوب الناس ، وكره أن يُذكر أحد بخير
“Tidak ada seorang lelaki yang gilakan kuasa kepimpinan melainkan dia akan terjebak dengan hasad dan kejahatan, suka mencari keaiban manusia dan dia benci untuk menyebut kebaikan orang lain.”
3. Malah Abu Daud al-Sijistani melihat sifat ini sebagai salah satu daripada penyakit atau menggelarkannya sebagai syahwat yang tersembunyi. Beliau pernah ditanya tentang nafsu atau syahwat yang tersembunyi ini:
قيل لأبي داود السجستاني: ما الشهوة الخفية؟ قال: حب الرئاسة.
“Abu Daud pernah ditanya berkenaan dengan apa yang dimaksudkan dengan nafsu syahwat yang tersembunyai ini? Lalu dia berkata: (mereka yang) cintakan kuasa.
4. Atas dasar itu al-Imam Abu Ayyub al-Sakhtiyani berpesan bahawa mereka yang cintakan kemasyhuran dan kepimpinan ini adalah mereka yang sukar dipercayai. Kata beliau:
ما صدق عبد قط فأحب الشهرة
“Tiada yang benar langsung buat si hamba yang mencintai kemasyhuran.”
5. Bahkan Rasulullah pernah menegaskan bahawa kuasa ini boleh menyebabkan seorang Muslim menjadi hina di hadapan Allah di hari akhirat:
إنها أمانة، وإنها يوم القيامة خزي وندامة، إلا من أخذها بحقها وأدى الذي عليه فيها
“Sesungguhnya kuasa jawatan ini adalah amanah, dan ia di hari kiamat adalah kehinaan (buat mereka yang gagalnya menunaikan amanah). Melainkan buat mereka yang menunaikan amanah dengan baik dan menyempurnakan hak-haknya.” (HR Muslim)
6. Kecintaan manusia terhadap kuasa akan mengaburi mereka dari kebaikan. Adalah dibimbangi kepentingan diri sendiri lebih mereka utamakan dari kesusahan rakyat.
7. Pesanan saya buat ahli politik Muslim, utamakanlah maslahah rakyat dalam menunaikan amanah ini. Janganlah pergelutan kalian menjadikan kalian hina di dunia dan akhirat. Dipandang rendah di sisi manusia, menjadi hina pula di sisi Allah diakhirat kelak.
Semoga Allah membimbing kita

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Universiti Sains Islam Malaysia

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts