GAZA – Penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang dikepung menggesa perjanjian antara Amerika Syarikat (AS) dan Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Untuk Pelarian Palestin (UNRWA) dibatalkan, atas dakwaan melanggar hak mereka.
Ratusan warga melakukan demonstrasi di hadapan ibu pejabat UNRWA semalam, menggesa untuk mengakhiri Rangka Kerja Kerjasama – yang ditandatangani antara Jabatan Negara AS dan UNRWA.
Mereka melaungkan slogan mengatakan rangka kerja “membatalkan hak kembali bagi pelarian”.
Peserta juga memegang sepanduk bertuliskan: “Kami menolak sepenuhnya perjanjian antara AS dan UNRWA,” dan “Hak kembali adalah konsisten; kami tidak akan berputus asa. “
Rangka Kerja Kerjasama adalah perjanjian yang ditandatangani antara AS dan UNRWA untuk tahun 2021 hingga 2022 yang meminta agar dana dilanjutkan kepada agensi pelarian, selepas dihentikan oleh pemerintahan bekas Presiden AS, Donald Trump.
Menerusi rangka kerja yang ditandatangani pada bulan Julai, AS membayar dana tambahan kepada UNRWA sebanyak A$135 juta (RM564.10 juta).
“Tidak ada sumbangan oleh AS yang akan diberikan kepada UNRWA, kecuali dengan syarat UNRWA mengambil semua langkah bagi memastikan tidak ada bahagian dari sumbangan AS yang akan digunakan untuk memberikan bantuan kepada mana-mana pelarian yang menerima latihan ketenteraan,” katanya.
Kerangka ini juga termasuk memantau kandungan kurikulum sekolah Palestin.
Kesepakatan itu mencetuskan gelombang kemarahan dan menarik kritikan dari rakyat Palestin yang menganggapnya sebagai ‘ancaman’ terhadap hak-hak pelarian Palestin dan ‘perubahan serius dalam visi UNRWA’. – Agensi
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)