Perjuangan Palestin jihad yang tidak pernah diragui: Dr Raisuni

 

SEJAK dahulu hinggalah ke hari ini, dalam situasi dan keadaan yang pelbagai, telah dilaungkan jutaan seruan dan diangkat senjata dengan alasan (kononnya) atas nama jihad.

Bahkan kita saksikan dalam dunia Islam pada hari ini, betapa banyak pertembungan dan pertempuran yang cuma diangkat atas nama dan syiar jihad. Tetapi boleh jadi (sebahagiannya) pada hakikat adalah sekadar pertembungan politik atau perselisihan dalam perkara fiqh.

Sesuatu perkara jihad yang tidak jelas atau tidak pasti akan kesahihannya, atau yang bercampur padanya kepentingan peribadi dan hawa nafsu inilah boleh jadi membawa kemenangan atau kekalahan samada di dunia dan akhirat.

Namun antara jihad yang tidak pernah disangkal atau diragui akan kewajipannya serta tidak pernah dinafikan akan kesasihannya adalah jihad untuk membebaskan bumi Palestin.

Sejak bermulanya rampasan oleh Yahudi Zionis terhadap tanah suci Palestin ini, tidak pernah wujud sebarang fatwa atau kalam dari mana-mana ulama yang menafikan akan kefardhuan jihad di Palestin. Bahkan jika kita perhatikan, kita akan dapat melihat betapa banyak fatwa atau kalam ulama sama ada secara peribadi atau kelompok yang menyeru akan kefardhuan jihad Palestin.

Maka bagi sesiapa yang inginkan sebuah jihad yang tidak pernah dikhilafkan oleh ulama dan tidak pernah diragui akan kefardhuannya maka jihad tersebut wujud di Palestin. Sesiapa yang inginkan menginfakkan hartanya, titik peluhnya atau kepakarannya pada suatu jihad yang sudah pasti manfaat di dunia serta ganjaran di akhirat maka bersamalah dalam jihad di Palestin.

Kemenangan golongan hak dan kemusnahan golongan batil dalam jihad Palestin adalah suatu perkara yang pasti namun pertembungan ini adalah suatu jalan yang panjang. Seluruh umat Islam boleh dan wajib berperanan dalam pertembungan jihad yang berlaku ini.

Antara bukti kebenaran jihad Palestin ini juga adalah kita saksikan bagaimana golongan batil ini bersepakat dalam isu jihad di Palestin. Mereka bersepakat dalam menhancurkan cahaya kebenaran di sana.

Jadi kita juga sepatutnya bersatu dalam isu Palestin sepertimana bersatunya musuh Islam dalam isu ini.

*Ini adalah terjemahan daripada tulisan asal yang ditulis oleh Syeikh Dr Ahmad Raisuni di laman sesawang http://www.raissouni.ma/.

Sumber: http://muis.org.my/2014/08/peperangan-di-palestin-jihad-yang-tidak-pernah-diragui/

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts