Perkongsian mengenai kehidupan dunia dan akhirat

 

HARI Asyura, hari ke 10 Muharram adalah hari Allah SWT menyelamatkan Nabi Musa A.S bersama kaumnya daripada Firaun dan tenteranya. Nabi SAW menganjurkan umat Islam berpuasa sebagaimana dalam hadis berikut:

Ibnu Abbas RA ditanya berkenaan puasa hari Asyura, maka dia menjawab: Aku tidak tahu hari di mana Rasulullah SAW berpuasa padanya dan mengharapkan ganjarannya melebih hari-hari yang lain melainkan hari ini (iaitu hari Asyura). Hadis Sahih Muslim.

Daripada Abi Qatadah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Puasa hari Asyura, aku harapkan ganjarannya di sisi Allah SWT iaitu diampunkan dosa setahun yang lalu. Hadis riwayat Muslim, Abi Daud, Tarmizi, Ahmad dan al-Baihaqi.

Imam Nawawi menulis dalam kitab al-Majmu’ :
Diampunkan semua dosa kecil melainkan dosa-dosa besar.

Beberapa pengajaran:

1. Kemenangan Islam telah dijamin oleh Allah SWT bagi hambaNya yang berjuang untuk memenangkan Islam berdepan dengan taghut dan jahiliyah. Firaun adalah lambang kekuatan taghut yang memiliki segalah kekuatan untuk menghentikan seruan dakwah tauhid. Namun, Nabi Musa AS tetap teguh menyampaikan seruan dakwah sehingga dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya yang ramai. Para pejuang Islam mestilah yakin dengan kemenangan Islam meskipun usaha dakwah itu sukar dan panjang.

2. Umat Islam dianjurkan untuk terus menghidupkan sunnah Rasulullah SAW sebagai tanda cinta kepada baginda.

3. Antara rahmat dan kasih sayang Allah SWt adalah memberi ganjaran yang besar dengan amal ibadah yang kecil dan mudah.

Ustaz Shuhaib Ar-rumy Selamat

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts