Perkongsian Siyasah: Hukum wala’ kepada bukan Muslim

12316139_1183743771639717_4532301854044454977_n

 

Soalan:

“Assalamua’laykum tuan . Masa-ul khair . Asiff ganggu . Sy xtahu nk tnye pd sape, mungkin tuan atau asatizah yg lain tahu mengenai “Al-Muwalah kepada orang kafir” . Boleh kongsi sedikit pengetahuan mengenai ini? Hendak bertanya pd asatizah, dah habis waktu bekerja . Sy tanya pd tuan saja . Syukran”

✅Jawapan:

🔸Syeikh Dr. Muhammad Sa’id Al-Qahthoni menyatakan wala’ adalah “pertolongan, kasih sayang, penghormatan, memuliakan, mencintai, secara zahir dan batin”

🔸Tambah beliau, wala’ kepada orang kafir bermaksud mendekati mereka dan menzahirkan kecintaan dan kasih sayang terhadap mereka, dengan perkataan, perbuatan, dan niat.( Al-Wala’ wa Al-Bara’ fi Al-Islam, 1/71)

🔸Imam As-Syahid Syed Qutub menjelaskan apa yang dimaksudkan wala’ kepada orang kafir ialah saling tolong menolong dan saling berpakat (tahaluf) sesama mereka, di mana orang Islam keliru akan hal ini dan menyangka ianya diharuskan (tidak haram).(Tafsir fi Zilal Al-Quran 2/909)

🔸Syeikh Al-Islam Al-Imam Ibnu Taimiyah menerangkan, wala’ adalah lawan kepada permusuhan. Asal wala’ adalah kasih sayang dan mendekati. Manakala asal permusuhan adalah kebencian dan menjauhi.( Majmu’ Al-Fatawa 11/160 dan Al-Furqan baina Auliya’ Ar-Rahman wa Auliya’ As-Syaitan 1/9)

Hukum Wala’ Kepada Orang Kafir

🔺Muwalah ataupun wala’ kepada orang kafir adalah diharamkan.

🔺Ini berdasarkan banyak ayat Allah di dalam Al-Quran yang melarangnya.

🔺Antara, firman Allah swt:

لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ

“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (wala’ kepadanya) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah” (Ali-Imran : 28)

🔺Boleh juga baca dan tadabbur surah An-Nisa’ ayat 138-139, surah At-Taubah ayat 71, surah Al-Mumtahanah ayat 1. Semuanya adalah berkaitan larangan wala’ kepada orang kafir.

Wallah A’lam.

Ustaz Ahmad b. Khairuddin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts