Perluas dakwah melalui pelbagai medium

Putrajaya: Gerakan dakwah perlu diadakan secara berterusan melalui pelbagai medium bagi memantapkan akidah umat Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, kajian diadakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membabitkan masyarakat orang Melayu terutama di bandar mendapati segelintir daripada kalanganya berada dalam kecendurangan menggangap bahawasanya pegangan agama Islam sudah tidak bermakna lagi.

Menurutnya, sekiranya trend ini berlaku secara berleluasa, maka esok hari mereka menganggap perkahwinan itu tidak lagi perlu diadakan dengan pasangan yang beragama Islam.

Katanya, kita tidak perlu membincangkan perkara yang boleh mengelirukan orang ramai yang akhirnya (menyebabkan) masyarakat menganggap pegangan agama sudah tidak penting dalam hidup.

“Oleh sebab itu kita mengharapkan agar Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) sebagai salah satu agensi dibawah Hal Ehwal Agama perlu untuk bergerak seiring menggunakan beberapa figura terkenal yang kita anggap penting untuk melestarikan dakwah dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika berucap merasmikan Webinar Pemantapan Akidah Nusantara dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ikon Dakwah YADIM di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi YADIM Nasrudin Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Webinar bertemakan Akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah Pemangkin Masyarakat Islam Di Rantau Asia Tenggara anjuran YADIMini bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang isu semasa berkaitan akidah serta cara mengukuhkan daribudaya dan ajaran lain.

Idris berkata, pelantikan ikon YADIMini merupakan satu lagi usaha melestari gerakan dakwah menerusi ikondikenalpasti sebagaifigura yang dapat memberiimej positif kepada masyarakat.

“Kita berharap dengan pelantikan ikon dan usaha melestarikan gerakan dakwah ini dapat berjalan dengan lebih lancar serta mencapaikejayaan,” katanya.

Pada majlis sama, Idris turut menyampaikan sembilan Watikah Pelantikan Ikon Dakwah YADIM kepada penerima termasuk pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah, Datuk Dr Abdul Basit Abdul Rahman, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Prof Madya Dr Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Mohd Norhisyam Tuan Padang, Wan Hilmy Wan Mohamed, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, Juara Tilawah dan Menghafal Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 Nor Farhatul Fairuzah Panut, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani dan Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub. – My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts