Persamaan, nisbah dan kadar, relativiti dalam neraca muslim

 

DALAM segala permasalahan, yang penting mungkin bukanlah masalah atau penyelesaiannya, yang lebih penting adalah orang yang menjadi penghubung antara masalah dan penyelesaian.

Ibarat seorang hakim yang menyelesaikan pertelingkahan antara dua pihak. Atau seorang alim yang memberikan fatwa terhadap sesuatu masalah.

Dalam matematik, ia mngkin boleh dikira sebagai formula, tapi saya lebih suka anggap bahawa ia adalah garis tengah dalam setiap persamaan, iaitu “=”.

Namun di sebalik falsafah ‘=’ ini terkandung makna-makna besar yang lain yang menjadi punca ketinggian dan kemuliaan umat ini. Tanda ‘=’ ini bolehlah diterjemahkan sebagai mizan, pertimbangan, atau kayu ukur.

Dalam kamus muslim, ‘=’ ini bolehlah kita katakan sebagai wahyu, syariat dan rujukan yang muktamad.

Garis tengah ini amat bersesuaian dengan ciri-ciri agama iaitu ‘pertengahan’ (wasatiyah), yang juga merupakan ciri-ciri umat ini iaitu umat wasat (pertengahan / adil) yang menjadi saksi ke atas manusia-manusia lain.

Satu sudut yang lain, gambaran dunia & akhirat merupakan gambaran asasi yang mempengaruhi keseluruhan kehidupan muslim. Dunia adalah gambaran akhirat, dan akhirat pula adalah hasil tuaian dunia, ia juga berkait rapat dengan konsep ‘=’ itu tadi. Cumanya untuk dunia dan akhirat, perlu ditambah pembolehubah yang lain iaitu huruf ‘x’ yang boleh ditukar berkadaran nilai semasa, masa, ruang, keikhlasan dan seumpamanya yang boleh diletak sebagai ukuran di akhirat nanti.

Sudut lain pula boleh kita, semakin kita menghampiri nilai ‘=’, maka semakin dekat kita dengan nilaian Al-Quran, dan semakin dekat dengan paksi tauhid. Oleh kerana itu umat Nabi Muhammad SAW adalah umat pertengahan, umat yang paling mulia berbanding umat-umat lain.

Di sebalik persoalan matematik yang ringkas, terkandung makna kewujudan yang cukup besar.

Sekaligus merubah perspektif kita terhadap al-Quran, dan pandangan kita terhadap tabiat kewujudan.

Ia juga membuktikan bahawa tiada pertentangan antara wahyu dan akal (yang sejahtera), bahkan membuktikan bahawa kedua-duanya merupakan ayat-ayat Allah dalam menunjuk manusia mengenali-Nya, lalu mengenali siapakah diri mereka.

Persoalan yang terbuku dalam hati kita akan terungkai apabila kita meletakkan ‘=’ ini pada tempatnya, lalu menjadikan suatu kewujudan ini sebagai satu bentuk keseimbangan. Tanpa ‘=’ ini manusia akan berterusan dalam pencarian mengenai hakikat-hakikat yang tidak dapat dicerap dengan dapatan manusia semata-mata.

Demikianlah yang mungkin kita boleh fahami, jika kita meyakini bahawa segala formula dalam alam ini adalah muslim, dan patuh kepada Tuhannya, ia akan benar-benar membawa kita kepada-Nya, dengan izin dan taufiq daripada-Nya.

“Sesungguhnya telah Kami jelaskan dalam Al-Quran ini kepada manusia dengan segala jenis perumpamaan, namun manusia cukup banyak perdebatannya” – Surah Al-Kahfi

Wallahua’lam bissawaab

Ustaz Syamil Esa

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts