Persediaan sahabat menyambut Ramadan

 

1. TINGGAL 15 hari sahaja lagi Ramadan akan tiba. Ramadan kali ini mungkin sedikit berbeza dengan yang sebelum ini. Pun begitu, situasi yang ada pada hari ini tidak seharusnya menghalang kita dari bersedia untuk menyambut Ramadan.

2. Perhatikan bagaimana para sahabat terdahulu bersedia menyambut Ramadhan. Mualla ibn al-Fadhl menukilkan bahawa para sahabat akan berdoa enam bulan lebih awal sebelum datangnya Ramadan. Kerinduan mereka terhadap ramadan mendorong mereka berdoa supaya dikurniakan Ramadan. (Ibn Rajab, Lataif al-Maarif)

 

 

3. Manakala Saidina Anas bin Malik pula berkata, apabila masuknya Syaaban, kaum Muslimin akan menyemak semula mushaf (al-Quran) mereka sebagai persediaan untuk Ramadan. Kata Anas:

كان المسلمون إذا دخل شعبان انكبُّوا على المصاحف فقرءوها

“Sesungguhnya orang Muslim itu, apabila masuknya Sya’ban, mereka akan membuka mushaf al-Quran mereka lalu mereka membacanya (sebagai persediaan untuk Ramadan). (Ibn Rajab)

4. Malah al-Hasan al-Basri mencela mereka yang tidak bersedia untuk Ramadan. Kata beliau: Sesungguhnya Allah menyediakan Ramadan ruang perlumbaan buat hamba-hambanya, maka beruntunglah orang yang mengejar keampunannnya. Lalu beliau berkata:

فالعجبُ من اللاعب الضاحك، في اليوم الذي يفوز فيه المحسنون،

“Maka amat menghairankan bagi mereka yang bermain-main dan bergelak ketawa (tidak bersedia untuk Ramadan) dalam hari orang-orang yang baik itu sedang berjaya (dalam mempersiapkan diri untuk Ramadan). (Ibn Rajab, Bughya al-Insan)

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts