Pinda Akta 164 bertentang Islam, hukum syarak: Mufti Perak

 

Kerajaan digesa supaya menarik balik keputusan meminda Akta 164 Undang-Undang Perkahwinan dan Penceraian 1976 yang akan dibentangkan di Parlimen hujung minggu ini.

Menegaskan perkara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, gesaan itu dibuat kerana bimbang akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan golongan mualaf yang berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam.

“Saya difahamkan bahawa Rang Undang-Undang 164 mengenai pasangan suami isteri yang mualaf berkahwin dengan orang Islam dan apabila berlaku perceraian, maka anak-anak mereka atau anak yang mereka bawa itu tidak boleh didaftarkan secara Islam oleh sama ada ibu atau bapa kecuali atas persetujuan kedua-duanya (ibu bapa) setelah anak itu mencapai usia 18 tahun.

“Perkara ini adalah cukup berat, satu perkara yang cukup bertentangan dalam perlembagaan dan lebih-lebih lagi terhadap agama Islam dan ia merupakan satu penentangan terhadap hukum yang telah ditetapkan oleh Syarak,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di pejabatnya di Bangunan Kompleks Islam Perak, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan kerajaan untuk menyelesaikan isu penukaran agama oleh pasangan bukan Islam kepada Islam adalah dipuji dan disokong, tetapi penyelesian yang dicadangkan sepertimana diusulkan dalam cadangan pindaan Akta 164, akan menafikan hak seorang mualaf.

Bahkan katanya, ia turut mengenepikan bidang kuasa Syariah dan bercanggah dengan jelas peruntukan Perlembagaan.

“Apabila melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan, ertinya pentadbiran negara sudah tidak lagi mengikut Perlembagaan.

“Yang kedua apabila kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Islam yang telahpun diperlembagakan sebagai agama negara ini, membuatkan perbuatan ini telah menentang hukum Allah, bila menentang hukum Allah, hukumnya fasik yang membawa kepada syirik,” tegasnya.

Malah, katanya lagi, ia juga akan memperlekeh dan menghina agama Islam, seterusnya akan menjadi perkara yang cukup berat sekiranya undang-undang itu dibentangkan dan diluluskan.

“Kerana itu, tugas saya sebagai seorang mufti menasihatkan kerajaan agar menarik balik cadangan untuk meminda akta tersebut dan tidak dibentangkan pada waktu ini,” katanya.

Tegas Tan Sri Harussani, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa perkara itu tidak boleh dilakukan kerana ia bertentangan sama sekali dengan Islam dan hukum-hukum Syarak.

Selain dari itu, keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-87 pada 23 hingga 25 Jun 2009 juga telah memutuskan bahawa apabila salah seorang pasangan (ibu atau bapa) memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan tersebut adalah secara langsung beragama Islam.

“Ini telah dikeluarkan dalam Fatwa Kebangsaan yang telahpun diterima di dalam negara ini,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
3 comments
  1. Ulama adalah pewaris nabi dan apa yg disampaikan berdasar alquran & hadis adalah kalam Allah, mengingkari atau merubahnya adalah sama spt menghina nabi/rasulullah. Semoga para pembuat undang2, harus mendapat nasihat dari Ulama.

  2. Saya sangatx menyokong agar per 164 tidak di gubal. Hormati dan daulatkan lah Perlemvagaan bahawa ISLAM adalah agama Rasmi Malaysia.
    Mengapa perlu di gubal?. dikuatiri ada agenda ahli politik yg tidak beragama Islam hendak menjadikkan Malaysia negara sekular dan liberal.
    Ya Allah ampunkan lah kami dan pelihara Agama Mu , ISLAM sebagai agama rasmi dinegara Malaysia ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts