Pokemon Go? Konsert? Mufti? Di mana jati diri kita?

shutterstock_106645070

 

Kekeliruan, ini yang menimpa sebahagian generasi anak muda melayu kita yang saban hari menunjuk kecelaruan cara pandang mereka. Mereka menyangka bahawa selama ini mereka mengejar kebebasan yang sebenar. Hakikatnya,mereka hanya mendapat kebebasan yang terbabas. Tiada hala tuju yang jelas.  Tidak terpimpin mahupun terpandu. Kita boleh lihat dengan jelas reaksi dan respon mereka dalam isu konsert Selena Gomez mahupun pandangan ulama/mufti berkaitan Pokemon Go.

Ada yang mempertahankan konsert tersebut habis-habisan apabila ada sekelompok para pendakwah menentang konsert yang terus merosakkan jati diri anak muda bangsa. Begitu juga dengan reaksi mereka yang sudah hilang adab dan kurang ajar dalam memberi respon pada pandangan ulama/mufti berkaitan Pokemon Go.

Islam mengajar untuk bersikap tegas dalam hal yang memudaratkan ummat.

Tegas dalam maksiat yang berlaku merupakan satu tuntutan. Nak tak nak, kita sememangnya wajib menentang. Sebagaimana dalam satu hadis:

Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu ‘anhu dia berkata“Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘Barang siapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Apabila tidak mampu maka hendaknya dengan lisannya. Dan apabila tidak mampu lagi maka dengan hatinya, sesungguhnya itulah selemah-lemah iman.” (HR. Muslim)

Penentangan terhadap konsert liar mahupun apa-apa aktiviti sosial liar yang seangkatan dengannya perlu dilakukan secara terang-terangan dan tegas. Ini sengat penting dalam menjaga nilai Islam dalam masyarakat masih terjaga. Kita tidak mahu jati diri anak bangsa kita terhakis sehingga tasawur mereka pada Islam hancur dan caca merba.

Usaha untuk mengawal dan membentuk sikap anak muda yang hanyut boleh dibuat dengan dua cara:

1) Pendidilkan.

2) Penguatkuasaan undang-undang.

Pendidikan merupakan medium yang paling efektif dan senjata yang paling ampuh dalam membentuk sikap. Disini, akan mudah lahirnya kesedaran,cara pandang yang benar berlandaskan Al-Quran dan sunnah. Jalan ini agak panjang dan makan masa,tetapi ia memberi jaminan dalam membentuk jiwa anak muda.

Penguatkuasaan undang-undang pula akan membantu dalam mengawal budaya asing ini menyelinap masuk secara terang-terangan ke dalam masyarakat. Ahli-ahli politik, pemimpin di barisan kerajaan mahupun pembangkang perlu main peranan dalam hal ini. Mereka tidak boleh mengambil pendirian untuk meraikan sebahagian tuntutan anak muda yang semata-mata inginkan keseronokan yang merosakkan. Kita boleh lihat apa yang terjadi pada konsert-konsert liar sebelum ini. Ada yang mati akibat mengambil dadah secara berlebihan ketika konsert berlangsung.

Kembali Kepada Islam Untuk Betulkan Paradigma.

Kita sedar akan hakikat ini. Undang-undang ciptaan manusia sememangnya tidak mampu bertahan lama. Tidak memberi kesan yang menyeluruh pada masyarakat. Malah seringkali menggadaikan prinsip yang ada dalam islam. Sekiranya keadaan ini berterusan,kita khuatir apa yang akan jadi pada generasi anak bangsa kita pada masa akan datang. Maka, perkasakan jati diri dengan tarbiah agar kebebasan yang dikejar merupakan kebebasan yang terpimpin bukan kebebasan yang terbabas.

 

Dr Mior Zainul Arif bin Zamzuri
Manipal College of Dental Science, Mangalore

Sumber : ismaindia

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts