Polis Israel serbu pusat ujian Covid-19 Palestin

 

GAZA – Palestin sekali lagi diuji apabila polis Israel bertindak menyerbu pusat ujian saringan COVID-19 di Silwan pada Selasa malam.

Pegawai polis telah menyoal siasat dan menahan empat aktivis yang terbabit membangunkan pusat ujian itu.

Pengurus yang mengendalikan pusat berkenaan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Palestin (PA) berkata, mereka kekurangan kit ujian selain seramai 40 orang telah disahkan dijangkiti dengan COVID-19.

Katanya, wabak yang sudah menjadi pandemik itu dijangka menular dengan lebih cepat.

Rejim pengganas Israel melarang PA menganjurkan sebarang kegiatan di Baitulmaqdis, termasuk mengharamkan mereka daripada mencegah COVID-19 di wilayah yang diduduki.

 

 

Bagaimanapun, rejim Zionis pada dua minggu lalu hanya menggalakkan pasukan PA bersenjata bertindak balas terhadap serangan yang dilakukan di Baitulmaqdis.

Seorang penduduk, Farhi Abu Diab yang kesal dengan tindakan itu berkata, rejim Zionis dijangka memburukkan lagi keadaan apabila tibanya bulan Ramadan.

Katanya, penduduk Palestin terpaksa berhadapan dengan dua malapetaka iaitu rejim Zionis dan COVID-19.

“Kamu (rejim Zionis) tidak menolong menghadapi wabak ini, malah menghalang kami daripada mendapatkan bantuan daripada orang lain,” katanya.

Isnin lalu, pemimpin Yahudi di Baitulmaqdis, Moshe Leon dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Israel membuka pusat ujian di Silwan, namun ujian saringan hanya dapat dilakukan oleh penduduk haram Israel sahaja. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

⚡️Salurkan sumbangan BANTUAN COVID-19 PALESTIN ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Billplz: billplz.com/aptemerloh

📩 Hantar resit transaksi anda ke whatsapp:
019-3357019 (Ustaz Nu’man)

Sertakan maklumat berikut:
Nama:
Sumbangan: C19 Palestin

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts