Presiden Colombia arah buka kedutaan di Ramallah

Presiden Colombia, Gustavo Petro mengarahkan pembukaan kedutaan di bandar Ramallah, Palestin, lapor Anadolu.

Menteri Luar, Luis Gilberto Murillo berkata, Presiden Petro telah memberikan arahan membuka kedutaan Colombia di Ramallah.

Pengumuman dibuat selepas kerajaan Petro menarik balik diplomatnya dari Israel dan memutuskan hubungan dengan negara itu pada 2 Mei, selepas menyifatkan tindakan Israel di Gaza sebagai genosid.

Hasrat membuka kedutaan di Palestin telah diumumkan Petro pada 20 Oktober tahun lalu, ketika beliau bertemu dengan Duta Israel, Gali Dagan dan Duta Palestin, Raouf Almalki.

Murillo berkata, Presiden juga mengetuai mesyuarat pemimpin di Saint Vincent dan Grenadines, yang mana mereka bersetuju untuk melaksanakan strategi supaya Palestin diiktiraf sebagai sebuah negara berdaulat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pengumuman ini dibuat pada hari yang sama apabila Sepanyol, Ireland dan Norway mengumumkan bahawa mereka akan bersama-sama mengiktiraf Negara Palestin pada 28 Mei.

Colombia mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pada 3 Ogos 2018, semasa pemerintahan Juan Manuel Santos. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts