Presiden Mesir, Palestin bincang proses damai dengan Israel

KAHERAH – Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi pada Rabu mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas untuk membincangkan proses perdamaian antara Palestin dan Israel, lapor Xinhua.

“Kedua-dua pemimpin mengkaji semula perkembangan terkini perjuangan Palestin dan proses perdamaian,” menurut pejabat presiden Mesir dalam satu kenyatian.

Sisi berkata usaha negaranya berkoordinasi dengan rakyat Palestin untuk menghidupkan kembali proses damai bertujuan mengembalikan hak rakyat Palestin dan mewujudkan keselamatan serta kestabilan di rantau itu.

Abbas memuji hubungan Mesir-Palestin dan Palestin menghargai usaha serta ikhtiar Mesir untuk meningkatkan perjuangan Palestin dan mencapai penyelesaian yang adil dan komprehensif.

Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk meneruskan koordinasi dan perbincangan dua hala berhubung isu-isu kepentingan bersama.

Terdahulu, Hamas menyifatkan suasana perbincangan dengan Ketua Perkhidmatan Perisikan Awam Mesir Abbas Kamel di Kaherah adalah “positif.”

Kedua-dua pihak membincangkan beberapa isu berkaitan perkembangan politik, hubungan dua hala, mencapai perpaduan Palestin, dan menyusun semula hal ehwal dalaman Palestin.

Delegasi Hamas, diketuai ketua politburo Ismail Haniyeh dan pemimpin di Semenanjung Gaza Yahya Sinwar, tiba di Kaherah pada Ahad dan mengadakan perbincangan dengan pegawai kanan perisik keselamatan Mesir.

Pada 21 Mei, Mesir menjadi orang tengah usaha gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Semenanjung Gaza, mengakhiri ketegangan yang menyebabkan lebih 250 Palestin dan 13 Israel terbunuh. – Bernama

Muhammad Asyraf bin Ahmad

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts