Pro-Palestin demonstrasi di Rumah Putih kecam lawatan PM Israel

WASHINGTON – Penyokong hak Palestin berkumpul berhampiran Rumah Putih bagi mengecam keras lawatan Perdana Menteri negara pengganas Israel, Naftali Bennett ke Washington.

Sambil mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan pendudukan, peserta demonstrasi meminta Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menepati janji kempennya untuk memajukan hak asasi manusia secara global.

Biden seharusnya bertemu Bennett pada jam 11:30 pagi waktu tempatan semalam, bagaimanapun perbincangan dua hala itu dipindahkan ke hari ini.

Ia susulan kononnya Rumah Putih memberi fokus kepada keadaan di Kabul, di mana dua letupan membunuh dan mencederakan puluhan orang di luar lapangan terbang.

Para aktivis itu memetik tindakan Israel yang memaksa keluarga Palestin keluar dari kediaman mereka di kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis dan sekatan di Gaza, di mana rejim Israel telah mencederakan puluhan penduduk Palestin minggu ini.

Mereka turut mendesak Biden untuk mengakhiri polisi ‘cek kosong’ kepada Israel.

Aktivis Gerakan Belia Palestin – salah satu kumpulan yang menganjurkan demonstrasi itu – Laura Albast menegaskan, Biden telah gagal menunaikan janjinya untuk menjalankan dasar luar yang berpusat pada hak asasi manusia.

“Kami akan tetap berada di sini dan beliau akan mendengarkan kami sama ada suka atau tidak,” tegasnya.

Sekurang-kurangnya 28 keluarga Palestin – yang tinggal di kejiranan Sheikh Jarrah sejak tahun 1950-an – menghadapi pengusiran yang diperintahkan oleh mahkamah Israel. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts