Produk muslim ada, kenapa nak guna produk bukan Islam?

 

KUALA LUMPUR – “Mengapa kita hendak beli produk bukan Islam, sedangkan produk muslim ada?”, demikian persoalan yang dibangkitkan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Beliau berkata, melihat pada situasi hari ini, begitu ramai orang Islam yang berpusu-pusu membeli serta makan di premis makanan yang tiada logo halal.

“Ini tidak masuk akal. Tiada sebab kita nak beli makanan orang bukan Islam. Sila bagi saya sebab kenapa perlu kita makan dekat tempat yang penyedia makanannya bukan orang Islam.

“Carilah orang Islam. Kita bukan rasis ya, cuma nak promosi produk dari orang Islam untuk orang Islam,” katanya pada majlis pelancaran Kempen Beli Produk Muslim yang diadakan di Megaview Banquet Deck, Menara Kuala Lumpur, semalam.

Nadzim berkata, beliau yakin bahawa kerosakan serta kelemahan umat Islam hari ini adalah disebabkan oleh makanan yang tidak halal dan tidak baik.

“Ini cukup bahaya. Ubahlah. Kalau kita tak ubah, jangan harap orang lain nak ubah. Tiada sebab orang lain nak ubah diri kita sendiri.

“Kita kena perkasa diri kita. Jadi hari ini kita tengok balik apa yang perlu kita buat bagi memastikan produk-produk yang kita miliki adalah produk yang patuh syariah,” katanya.

Pada masa sama, bercakap mengenai kempen dijalankan dengan kerjasama Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) itu, beliau berkata, ia adalah satu anjakan baharu bagi meningkatkan ekonomi umat Islam seluruhnya.

“Kita nak semua pihak menyokong supaya kita mencapai matlamat ini. Dengan sokongan padu terhadap produk muslim, ekonomi kita akan berubah, persahabatan di antara bangsa-bangsa di Malaysia juga akan lebih baik. Kita nak kurangkan jurang ekonomi ini.

“Saya juga berharap agar kempen kita hari ini mendapat sambutan sebaiknya. Kalau boleh kita pastikan ini tidak ada isu politik. Bukan membabitkan politik langsung. Jangan silap.

“Yakinlah, kalau kita bersungguh, tak lama. Tengok dalam tiga bulan kita nampak perubahan,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
10 comments
  1. Betul datok, Makanan YG TIDAK halal toyibba Akan menjadikan hati menjadi KERAS. SUKAR menerima Nasihat. Hati dikuasai nafsu. Sebab itulah orang Islam YG begitu sukar dinasihati….

  2. KALAU KITA MAKAN DAN MINUM BARANG HARAM ATAU SUBHAH…SUSAH NAK DAPAT HIDAYAH, KERAS HATI ..TIDAK MUDAH UNTUK MENERIMA NASIHAT WALAUPUN HUKUM ALLAH… SBB LARANGAN INI ALLAH DAH BERITAHU SEJAK 1400 TAHUN DAHULU LAGI…

  3. Banyak produk di pasaran gunakan nama Melayu/Islam tanpa kawalan sehingga ramai pengguna Islam terkeliru.
    Perlu ada usaha/persepakatan sesama pengeluar/pengilang produk untuk melabel keluaran mereka sebagai produk muslim atau produk keluaran bumiputera. Penglabelan menjadi satu kelebihan tapi perlu juga diikuti dengan kualiti produk barulah setanding atau lebih baik daripada produk yang sama di pasaran.

  4. Mudah2an Allah kurniakan kpda kita semua Taufiq dan HidayahNya menuju keJln Yg benar Yg Diredhai dunia dan akhirat..dan mendpt limpahan RahmatNya

  5. Saya pun baru mula bmf. Dah cukup setahun dah, dan sekarang lebih mudah kenali produk muslim dan iks yang mana. Alhamdulillah rasa puas hati bila membeli dpt tahu ia pergi ke umat dan ekonomi ummah. Moga ramai lagi sedar bagaimana saya juga sedar tahun lepas.

  6. Tapi x menyeluruh. Di kedai Aceh juga byl produk dari bangsa lain. Mohon edarannya diperluaskan. Kedai Aceh kg byk yg dimiliki oleh bangsa lain. Mereka gunakan Aceh UTK kepentingan mereka. Supermarket org melayu amat berkurang. Di JB.. sekitarnya byk Econsave Giant Tesco.

  7. Sy harap produk2 muslim dpt smpai jauh ke felda2 yg mjoriti org muslim, sblom ni produk bkn mslim yg kuadai psaran disane dn sukar nk dpt produk muslim….

  8. Dato sepatutnya ppim perlu dah diluaskan dengan gerakkan ..bukan hanya berkempen dengan lisan sahaja..pihak pengelola perlu dapatkan kebenaran Dari masjlis Ugama serta pengusaha Islam untuk mewujudkan cop or lebel bmf Yang berkaitan dengan packing setiap produk Yang muslim keluarkan ..baru lah ..sampai kepada sasaran Yang Di kehendaki ..syarikat or pengusaha muslim Yang nak dapatkan cop bmf Di produkc mereka perlu menyumbang kepada NGO tuan ..untuk Terus beraktiviti dengan menjaga pengguna / ekonomi masyarakat Islam serta aktiviti kebajikan lain ..walauhualam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts