Dalam Islam, mempromosi perkara-perkara mungkar itu adalam haram. Memberi ruang untuk mempromosi suatu benda yang haram itu juga adalah haram. Maka kerajaan wajib untuk memastikan usaha untuk mempromosikan perkara-perkara yang haram ini tidak berlaku di sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.
Sudah jelas di Malaysia bahawa golongan LGBT sama sekali tidak diiktiraf dalam undang-undang kerana umat Islam ialah majoriti penduduk negara ini. Jadi, nilai-nilai murni Islam perlu diterapkan dalam masyarakat di negara ini tanpa mengira agama kerana Islam menawarkan akhlak dan budi pekerti kepada seluruh masyarakat tanah air.
Oleh itu, pihak berkuasa perlu mengambil iktibar terhadap apa yang telah berlaku supaya pada masa akan datang negara ini dapat menapis dengan sebenar-benarnya apa jua program luar yang akan datang samada dalam bentuk hiburan mahupun yang bersifat akademik agar tidak melampaui syariat Islam, undang-undang serta tatakesusilaan negara ini.
Dato Zamri Bin Hashim
Pengerusi MUIS
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM