BANGI – Pemimpin negara Islam sewajarnya mengambil ‘kesempatan’ daripada konflik Palestin-Israel ketika ini dengan menamatkan projek ‘Israel Raya’ (The Greater Israel).
Projek Greater Israel ini adalah projek untuk mengembalikan semula empayar Bangsa Yahudi menurut kerangka falsafah kabbalah-haskalah melalui sebuah negara Israel.
Projek ini dilancarkan lebih satu abad yang lalu – merupakan wilayah yang bersempadan Sungai Nil di Mesir dan Sungai Furat (Euphrates) di Iraq.
Kemuncak kepada Greater Israel ialah Baitulmaqdis sebagai ibu kota yang abadi sebagaimana menurut Perdana Menteri Israel pertama, David Ben Gurion, “If the Land of Israel is the heart of the Jewish nation, then Jerusalem is its heart of the hearts”.
Kemuncak sekarang, apa yang diusahakan oleh Benjamin Netanyahu dan pimpinan Likud, Unired Torah Judaism, Religious Zionist Party, Otzma Yehudit, Noam dan National Party ialah pemusnahan Masjid al-Aqsa dan digantikan dengan the Solomon Temple (The Jewish Temple).
Justeru, Amir Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdullah berkata, peluang untuk menamatkannya adalah besar, namun ia memerlukan sokongan berterusan daripada umat dan negara-negara Islam.
Bagaimanapun kelihatan sukar kerana wujud kekangan di peringkat negara Islam yang kebanyakan pemimpin-pemimpin mereka seperti boneka yang telah diasuh dan ‘diikat’ oleh Zionis.
“Tinggallah harapan kepada umat Islam (yang) dalam keadaan terbelenggu dikekang pemimpin-pemimpin di negara mereka sendiri…tidak dapat menyampaikan bantuan kepada saudara mereka di Palestin.
“Kalau ruang dibuka kepada umat Islam untuk memberi bantuan – walaupun kerajaan tidak mahu terlibat – saya yakin mereka dapat membantu untuk memastikan kemenangan Islam dalam peperangan ini,” katanya menerusi satu video dimuat naik di akaun Facebook beliau.
Dalam pada itu, pemimpin gerakan Islam itu menyifatkan, operasi Taufan Al-Aqsa yang dilancarkan Hamas pada 7 Oktober lalu seakan-akan Perang Badar pada zaman Nabi Muhammad ﷺ.
Menurutnya, pejuang Palestin tidak bermaksud untuk mengadakan peperangan sebesar ini namun kehendak Allah SWT menjadikan ia seolah-olah pertembungan kalah mati antara Palestin dengan Israel selain Barat dengan Islam.
“Sekarang kita faham dan lihat Barat antaranya Amerika Syarikat dengan segala kekuatannya memihak kepada Israel tetapi kenapa umat Islam tidak dapat memihak kepada Palestin. Ini persoalan yang besar.
“Jadi apapun halangan, kepayahan yang kita hadapi sekarang ini kita wajib berikhtiar mencari jalan menyampaikan bantuan dan memastikan bahawa perjuangan rakyat Palestin menang.
“Ini kerana perjuangan mereka adalah kemenangan kepada perjuangan Islam keseluruhannya,” katanya.- Ismaweb
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM