1. ASYURA عاشورا bermakna SEPULUH, manakala TASU’A تسوعا bermaksud SEMBILAN – Puasa Tasu’a dan Asyura bermakna puasa sunat pada 9 dan 10 Muharram
2. Antara kelebihan puasa Sunat ASYURA adalah ia menghapus dosa-dosa setahun sebelumnya.
Sabda Nabi SAW “Puasa Asyura dihisab oleh Allah untuk menghapus dosa setahun sebelumnya..”
3. Meskipun 10 Muharram adalah hari yang paling dituntut berpuasa, namun kita juga digalakkan berpuasa pada 9 dan 11 Muharram.
Imam AsSyaukani menyatakan “.. Jelasnya, hal yang paling baik ialah dengan berpuasa pada ketiga-tiga hari ; 9, 10 & 11. Maka Puasa Sunat Asyura ada 3 martabat ;
– Puasa hanya pada 10 Muharram
– Puasa pada 9 & 10 Muharram
– Puasa pada 9,10 & 11 Muharram”
4. Perlu ditegaskan bahawa niat itu adalah ibadat di dalam hati iaitu keazaman untuk berpuasa. Namun ia boleh lah dilafazkan “Sahaja aku berpuasa esok hari, menunaikan sunat 9.. 10.. 11 Muharram kerana Allah taala”
Apakah makna Hari Putih?
5. Hari-hari putih adalah 3 hari setiap pertengahan bulan-bulan kelandar Islam, iaitu pada 13, 14 dan 15 haribulan pada setiap bulan. Ia dinamakan sebagai Hari Putih / Cerah – kerana bulan berada dalam keadaan mengambang penuh dan suasana malam menjadi cerah.
6. Kita disunatkan untuk berpuasa pada setiap hari-hari putih. Niat lah di dalam hati untuk berpuasa sunat hari putih kerana Allah.
www.indahnyaislam.my