MAUNGDAW – Puluhan ribu penduduk Rohingya Rakhine yang sepatutnya menerima bantuan makanan serta perubatan kini menderita akibat terputus bekalan berkenaan sejak 44 hari lalu.
Bantuan oleh Program Makanan Sedunia (WFP) dan agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lain telah dihentikan sejak 9 Oktober lalu apabila keganasan baharu meletus di negeri itu.
Jurucakap Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan di Myanmar, Pierre Peron berkata, disebabkan itu, lebih 3,000 kanak-kanak berusia kurang lima tahun gagal menerima rawatan kerana kekurangan zat makanan, menyebabkan 50 peratus daripadanya berdepan risiko meninggal dunia.
“Bantuan kesihatan kepada 24,000 penduduk turut terjejas.
“Keadaan itu sangat membimbangkan mengambil kira kadar kematian bayi dan ibu mengandung yang empat kali lebih tinggi di Maungdaw berbanding di seluruh Myanmar,” katanya. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my
Assalamualaikum smua fb2.kini tbalh msnya.kita sma2 mmbri prhatian.trhdp nsib plarian rohinngnya.
DIMANA PEJUANG HAK ASASI MANUSIA, DI MANA PEMBELA MINORITI GAY, DI MANA PEJUANG MENUNTUT HAK LGBT…? Yang mana lebih Asasi hak untuk Hidup dengan hak untuk memuaskan nafsu…?