Rahmatan lil alamin bukan lesen untuk biarkan LGBT berleluasa

 

BANGI – Rahmatan lil Alamin bukan lesen untuk membiarkan perkara mungkar berleluasa di negara yang agamanya adalah Islam, tegas Prof Madya Dr Khalif Muammar A.Harris.

Mengakui ada individu kini bebas berkehidupan songsang secara terbuka, Pengarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS) itu kesal kerana mereka mengguna alasan atas nama hak asasi manusia.

Beliau berkata, toleransi ada batasnya, namun gaya hidup baru lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ingin dipaksakan untuk diterima oleh umat Islam atas nama hak asasi manusia.

“Hak asasi manusia adalah hak (kebenaran) yang dianugerahkan oleh Tuhan, bukan alasan untuk seseorang mengamalkan gaya hidup songsang yang dibenci oleh Tuhan dan dikeji oleh agama.

“Saya katakan aktivis LGBT ini memaksakan nilai baru mereka kepada umat Islam kerana orang yang menentang usaha mereka akan dicop sebagai ekstremis dan institusi Barat menganggap golongan ini sebagai pejuang kebebasan,” katanya.

 

Semalam, aktivis yang kerap mencetuskan kontroversi, Nisha Ayub mengakui dia adalah “outspoken transgender activist here Malaysia”, sempena Transgender Day of Visibility.

Menerusi status di Facebooknya, Nisha menyatakan 31 Mac adalah hari untuk meraikan transgender di seluruh dunia dan keberanian diperlukan untuk hidup secara terbuka dan berani.

Katanya, kesedaran mengenai diskriminasi, prasangka, keganasan yang dialami oleh rakyat hari ini perlu ditingkatkan.

Nisha adalah pejuang LGBT, yang mana pada tahun 2015, dia telah menerima anugerah dari Asia LGBT Milestone Awards (ALMA) sebagai Hero of the Year.

Manakala, pada 2016, dia juga menerima anugerah dari kerajaan Amerika Syarikat atas nama International Women of Courage Award. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts