Rahmatan Lil Alamin tidak boleh diterjemah hingga langgar perintah agama: Al-Sultan Abdullah

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya perbuatan yang bercanggah dengan tuntutan agama tidak harus diberi toleransi.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertitah, hukum hakam agama tidak seharusnya diketepikan dalam usaha menyemai toleransi dan kasih sayang sesama masyarakat.

“Gagasan idea Rahmatan Lil Alamin (RLA) yang diketengahkan juga boleh membawa konsep hidup bermasyarakat kepada tahap yang lebih tinggi. Konsep ini juga di bawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. yang bersifat sejagat dan rahmat untuk seluruh alam.

 

 

“Namun demikian, konsep ini tidak boleh diterjemahkan secara umum sehingga melanggar perintah agama. Perkara dan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran yang dituntut Islam jika ditoleransi; akan meruntuhkan benteng agama.

“Justeru, dalam kita berusaha melakukan hijrah kepada hidup bermasyarakat yang lebih toleransi serta disemai dengan bunga kasih sayang, janganlah pula kita mengabaikan tuntutan agama dan hukum Allah S.W.T,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian sempena Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat kebangsaan 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. – Alhijrah Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts