Kuala Lumpur – Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai ‘Raja Bomoh’ membuat pengakuan bersalah dan bertaubat atas beberapa amalan ritual yang dilakukannya sebelum ini.
Beliau turut mengaku semua tindakannya itu adalah pembohongan atas arahan seorang individu yang tidak boleh didedahkan.
Ibrahim, 66, dalam pengakuannya membuat permohonan maaf kepada semua masyarakat beragama Islam dan bukan Islam di negara ini serta semua pihak di seluruh dunia berhubung tindakannya menggunakan teropong kononnya membantu menyelesaikan beberapa kejadian dan isu besar yang berlaku di Malaysia termasuk kes kematian abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong nam.
Beliau mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana kesalahan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.
Permohonan maaf itu disaksikan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri; Pengarah JAWI, Abdul Aziz Jusoh; dan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAWI, Wan Jaapar. – hmetro
www.indahnyaislam.my