Raja Salman tawar 1,000 penduduk Palestin tunai haji

RIYADH- Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud mempelawa 1,000 jemaah daripada keluarga syahid, tahanan dan rakyat Palestin yang cedera untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan, Raja Salman turut mengundang 1,300 jemaah dari lebih 88 negara dan 22 jemaah daripada keluarga kembar siam yang dipisahkan di Arab Saudi, untuk melaksanakan haji tahun ini.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada acara tahunan Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk haji, umrah dan ziarah, yang diselia dan dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi.

Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan serta Penyelia Am Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci, Sheikh Dr Abdullatif bin Abdulaziz Al Al-Sheikh berkata, sejak perintah diraja dikeluarkan, kementerian telah bersiap sedia untuk menampung jemaah berkenaan.

“Perancangan bermula apabila jemaah berlepas dari negara asal mereka dan memastikan mereka menerima semua kemudahan untuk melaksanakan umrah dan haji dengan mudah, serta melawat Madinah dan menunaikan solat di Masjid Nabawi,” katanya, seperti yang dipetik dalam laporan itu.

Sejak program itu dimulakan 26 tahun lepas, dilaporkan lebih 60,000 jemaah telah diraikan di bawah program itu. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Gunung dan dosa

  Pernahkah kita terbayang dosa kita sebesar dan seberat gunung yang andai menghempap diri pasti akan mati, pernah…