SYDNEY: Satu rakaman video tular di media sosial menunjukkan sekumpulan ratusan lelaki yang ditutup mata digari kaki dengan kepala dibotakkan, dipercayai penduduk Islam etnik Uighur di China dikumpulkan dekat stesen kereta api untuk dibawa ke kem tahanan.
Menurut news.com.au, rakaman video itu yang tiada pengesahan, disiarkan di YouTube minggu lalu, menggunakan akaun baru ‘War on Fear’. Rakaman itu turut disiarkan di Twitter oleh @warcombatfear.
“Tujuan kami memerangi ketakutan.
“Masyarakat sekarang hidup di bawah pengawasan teknologi kerajaan. Orang ramai hilang kebebasan. Pemimpin Parti Komunis China mendakwa mereka patriotik dan sayangkan rakyat, namun hakikatnya mereka hanya sayangkan parti dan kuasa.
“Video ini dirakam di China. Ini adalah penindasan yang sudah sekian lama terhadap hak asasi manusia dan asas kebebasan oleh kerajaan China di Wilayah Autonomi Xinjiang Uygur,” kata keterangan mengenai video itu.
Sumber agensi keselamatan Eropah memberitahu Sky News, mereka percaya rakaman itu asli yang mungkin dihasilkan awal tahun ini.
“Kami sudah meneliti video itu dan percaya ia asli, kejadian itu benar-benar berlaku.
”Ia menunjukkan 600 tahanan sedang dipindahkan, dirantai antara satu sama lain, kepala dibotakkan dan ditutup mata dengan tangan diikat.
“Itu adalah kaedah China memindahkan tahanan,” kata sumber berkenaan.
Menteri Luar Australia, Marise Payne, berkata: “Saya tahu mengenai video yang mengejutkan itu disiarkan di Internet.
“Saya sebelum ini, sudah membangkitkan isu mengenai laporan penahanan beramai-ramai etnik Uighur dan orang Islam di Xinjiang.
“Kami sering mendesak China menghentikan penahanan etnik Uighur serta orang Islam,” katanya.
Penyelidik dengan Institut Antarabangsa Pusat Dasar Siber Australia, Nathan Ruser, yang menganalisis data satelit bagi pemetaan kem tahanan China, percaya video itu tulen.
Beliau mengenalpasti lokasi kejadian ialah di Bayingol, Xinjiang, namun percaya video itu dirakam pada 20 Ogos tahun lalu.
Julai lalu, Australia antara 22 negara yang menandatangani surat kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengkritik layanan Beijing terhadap etnik Uighur dan mendesak kerajaan China menghentikan penahanan beramai-ramai itu.
China menafikan wujudnya kem tahanan sebaliknya menegaskan ia adalah pusat memberi latihan vokasional kepada etnik Uighur dan penduduk Islam namun bekas tahanan mendakwa mereka diseksa dan dipaksa meninggalkan Islam. – Harian Metro
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)
Ketua dan alim ulama Islam wajib pergi sendiri di setiap pekan dan kampung halaman mereka yg di kata orang ter zalim.
Jangan takut. Sp. Srikandi melayu pergi ke Israel. Dan Palestin.
Semoga muslim uyghur dalam lindungan Allah SWT, Amin ya Rabb..
Oh indocina kemana negaraku yg indonesia,kenapa kau gantikan negaraku ini dengan indocina,kenapa kau siksa secara pakasa saudara2 muslim ku di negrimu,sedangkan kaum mu hidup di negaraku ini di tentramkan,buat bapak negara klau kau tak sanggup menjadi ayah negara kami silahkan turun dri kursi mu itu dan lepaskanlah jabatanmu itu,presidenku agama mu apa sebenarny,apa kau sudah murtad dri agama islam mu?klau bapak sudah murtd peci mu itu tolong dilepaskan,
#SaveUYGHUR_MUSLIM
Semoga orang Islam China sentiasa di lindungi Allah
Kalau China mari datang Malaysia aku pukul tengok lha
Tuhan turun bala pon x serik2 lagi….bodoh bin bahlul
RASJUN … ko gila ker bodoh … IndoCina dengan negara China tu berbeza bahalol
Alhamdulillah, sekarang akhir januari, para china kafir komunis itu diazab dengan virus mematikan
Allah SWT sahaja yg dapat menghentikan kekejaman kominis china ni.
Hukuman ALLAH ITU LEBIH KERAS dan SADIS bila tiba masanya nanti.
Umat Islam wajib mendoakan KESELAMATAN saudara seislam Uyghur dan sekiranya ada yg terkena hukuman Allah Swt itu didoakan umat islam tabah menghadapi ujianNYA.
Kenapa mesti lakukan demi pd muslim uighur klu x ada apa2 cina komenis laknatullah aamiin!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Dia menyeksa orang yang Tuhannya Allah. Allah Maha bijaksana lagi Maha Mengetahui. Wahai saudara seislamku. Bersabar dan berdoalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah tudaj mensia siakan kamu.
Kami berdoa bersama kamu. Allah juga bersama kamu.
Pasti Allah akan beri pertolongan kepada kamu dan menhapuskan musuh islam dengan mendatangkan bala walaupun sekecil kuman.