Rakyat Palestin tunjuk perasaan bantah keputusan Amerika

 

SEMENANJUNG GAZA – Tunjuk perasaan tercetus di beberapa tempat di Gaza berikutan keputusan Amerika Syarikat (AS) yang secara rasmi mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Ribuan rakyat Palestin berarak di jalan-jalan raya di bandar Gaza, sambil membawa sepanduk mengecam dan mengutuk Presiden Donald Trump, selepas beliau membuat pengumuman itu, termasuk akan memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Pemimpin Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Ismail Haniyeh menyifatkan keputusan Trump itu sebagai ‘pelanggaran agresif dan terang-terangan’.

“Keputusan itu adalah satu perjudian yang akan menimbulkan reaksi tanpa batasan rakyat Palestin, orang Arab dan umat Islam seluruh dunia.

“Kami menggesa supaya keputusan itu dibatalkan kerana ia akan membawa kepada satu permulaan transformasi yang dahsyat, bukan hanya kepada rakyat Palestin, tetapi di rantau ini secara keseluruhannya. Keputusan ini juga adalah pengumuman rasmi mengakhiri proses damai,” katanya.

Kumpulan pejuang di Gaza pula menggesa Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) untuk menarik balik pengiktirafan terhadap Israel sebagai tindak balas kepada keputusan Trump.

“Tatkala Baitulmaqdis menjadi sasaran Yahudi secara sistematik, dan penduduk Palestin terdedah kepada penindasan, pemindahan dan pengasingan, keputusan Amerika yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel telah melanggar semua ketetapan konvensyen dan norma antarabangsa,” kata kumpulan itu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts